The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA

TEAM MALAYSIA BERSEDIA APA JUA CABARAN DI ARAGON

Home » TEAM MALAYSIA BERSEDIA APA JUA CABARAN DI ARAGON

KUALA LUMPUR, 6 November – Malaysia menghantar sepasukan lima pelumba untuk saingan FIM MiniGP World Finals 2024, yang akan berlangsung di Aragon, Sepanyol dengan dipimpin oleh pelumba sensasi negara, Qabil Irfan.

Qabil, juara dunia kelas 160cc tahun lepas dan juara kebangsaan kelas 190cc FIM MiniGP Malaysia musim ini, akan bersaing dalam kelas perdana itu bersama-sama dengan Farish Hafiy, yang akan turun di Aragon untuk penampilan kedua dalam kelas ini.

Mereka akan diiringi oleh Adam Danial, yang mengambil tempat Adam Aiman, yang menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

Seorang lagi pelumba negara yang akan bersaing dalam kelas perdana 190cc ini adalah Qayyim Razin, yang memenangi tiket untuk bersaing pada kejuaraan dunia FIM MiniGP ini selepas memenangi kejuaraan FIM MiniGP Indonesia.

Dijadualkan pada asalnya untuk berlangsung bulan ini di Valencia, kejuaraan FIM MiniGP dipindahkan ke Aragon, Sepanyol selepas banjir besar melanda wilayah timur dan selatan Sepanyol termasuk Valencia.

Dalam kelas 160cc, sandaran negara untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi oleh Qabil Irfan tahun lepas disandarkan kepada Ariel Marzuki, yang tewas tipis kepada penunggang Vietnam, Nguyen Viet Tuan pada kejuaraan FIM MiniGP Malaysia 2024.

Para pelumba #TeamMAS akan berangkat ke Aragon, Spain pada Khamis ini (8 November).

 

 

 

 

TAN SRI MOKHZANI TUN MAHATHIR
Presiden, Motorsports Association of Malaysia (MAM)

“MAM ingin mengucapkan syabas kepada pelumba-pelumba negara yang telah terpilih ke Kejohanan FIM MiniGP World Final yang akan diadakan di Aragon, Sepanyol pada 12 – 14 November ini. MAM mendoakan pelumba-pelumba negara yang mewakili Malaysia akan mencapai kejayaan yang cemerlang dan menonjolkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang tempoh kejuaraan yang berprestij ini dijalankan. Kita juga ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada rakyat di Valencia, Sepanyol akibat banjir buruk dan terbesar dalam sejarah sejak sabtu lalu yang mengorbankan lebih 200 mangsa. Kami mendoakan mereka tabah dalam menghadapi bencana ini.”
ZULFAHMI KHAIRUDDIN
Pengurus Pasukan ZK Racing
“Saingan World Finals di Aragon menghidangkan cabaran yang berbeza kepada para pelumba jika dibandingkan dengan litar di Valencia. Ciri litarnya yang luas dan panjang akan menyaksikan para pelumba berada di dalam kelompok yang besar ketika perlumbaan. Keadaan cuaca juga dijangka sejuk dan berangin dan ini mampu mempengaruhi prestasi pelumba kita. Apapun, kami dari Team Malaysia sudah bersedia untuk apa jua cabaran yang akan dihadapi di Aragon.

Sasaran kami adalah merebut kedua-dua kejuaraan 190cc dan 160cc. Untuk merealisasikan hasrat ini, kami sudah menyiapkan kesemua pelumba untuk mempamerkan prestasi yang terbaik di Aragon daripada sesi latihan hinggalah kepada acara perlumbaan. Dengan doa daripada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin kita mampu muncul juara. In syaa Allah.”

AZHAN SHAFRIMAN HANIF
Ketua Pegawai Eksekutif SIC

“Seperti seluruh komuniti pemotoran dunia, kami di PETRONAS Sepang International Circuit sangat berdukacita dan terharu dengan bencana banjir besar yang melanda Valencia, yang telah mengorbankan nyawa dan menyebabkan kerugian harta benda yang bernilai jutaan ringgit. Doa dan sokongan kami ditujukan kepada semua yang terkesan oleh musibah ini. Walaupun dalam keadaan yang mencabar ini, kami bersyukur kerana Kejuaraan FIM MiniGP dapat diteruskan seperti yang dijadualkan, memandangkan ia merupakan platform pembangunan penting dalam sukan pemotoran antarabangsa. Kepada para pelumba negara, selamat berjuang dan semoga berjaya.”
Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, MotoMini Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and MotoMini Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
© 2025 MOTOMINI MALAYSIA MANAGED BY ZK RACING SDN BHD (1260846-H)
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia