RCB MotoKidz Championship diperkenalkan sebagai identiti baharu, menggantikan RCB MiniMoto Championship berkuat kuasa serta-merta.
Penjenamaan ini memperkukuhkan laluan pembangunan pelumba muda negara, bermula seawal usia 6 hingga 9 tahun, sebagai asas sebelum melangkah ke MotoMini dan seterusnya ke pentas lebih tinggi.
Dengan sokongan berterusan daripada RCB dan sambutan positif komuniti permotoran tempatan, musim kedua RCB MotoKidz Championship bakal membuka tirai pada May 2026 sebagai kelas sokongan MotoMini 2026.
