Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA

SAINGAN MUSIM 2024 MINIGP MALAYSIA BERMULA DI TANGKAK MINGGU INI

Home » SAINGAN MUSIM 2024 MINIGP MALAYSIA BERMULA DI TANGKAK MINGGU INI

TANGKAK, JOHOR, 23 Mei 2024 – Kejuaraan yang melonjakkan nama Qabil Irfan Azlan dan Malaysia ke pentas dunia – kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series membuka saingan musim keempat hujung minggu ini (25 dan 26 Mei) di Litar Lumba Tangkak, Johor dengan menjanjikan lebih ramai pelumba berbakat dilahirkan daripada program pembangunan bakat terulung negara ini.

Qabil Irfan, juara kebangsaan dan dunia kelas 160cc tahun lepas, akan terus mewarnai pada siri anjuran bersama Motorsports Association of Malaysia (MAM), Petronas Sepang International Circuit (SIC) dan ZK Racing ini dengan bersaing dalam kelas yang lebih tinggi, 190cc. Sudah tentunya menjadi cabaran buat Qabil, bakal berlumba dengan pelumba yang lebih tua dan lebih berpengalaman seperti Farish Hafiy, yang mendapat gelaran juara bagi kategori FIM MiniGP 190 tahun lalu.

Juara bagi kategori SIC Ohvale Junior Championship, Aidil Zariff dari Selangor yang tahun ini akan naik ke kategori FIM MiniGP 160. Sudah pastinya akan menimbulkan keterujaan untuk melihat hasil Aidil Zariff di kategori baru dengan motosikal yang lebih bersprestasi tinggi.

Seperti musim-musim lepas, saingan 2024 bakal menampilkan lima pusingan. Selepas perlumbaan pembukaan musim di Litar Lumba Tangkak, Johor hujung minggu ini, kejuaraan diteruskan di Litar Go-Kart Sepang, Selangor pada 8 dan 9 Jun sebelum beralih ke MORAC Adventure Park, Langkawi pada 13 dan 14 Julai. Pusingan 4 akan diadakan di Litar Lumba UNIMAP, Perlis pada 3 dan 4 Ogos sebelum pusingan akhir diadakan di Litar Go-Kart Sepang pada 19 dan 20 Oktober

Secara keseluruhan 42 pelumba bersaing pada musim ini dengan ⁠14 pelumba dalam Kejohanan Remaja SIC Ohvale 110cc termasuk 4 pelumba luar negara; dan 16 pelumba dalam FIM MiniGP 160cc termasuk 2 pelumba antarabangsa. Seramai 12 pelumba dalam FIM MiniGP 190cc termasuk 4 pelumba antarabangsa. Semua pelumba akan berlumba dengan jentera Ohvale dengan menggunakan tayar Pirelli, yang merupakan tayar rasmi kejuaraan.

Selepas lima pusingan, juara dan naib juara kelas 160cc dan 190cc akan dipilih untuk mewakili negara untuk bersaing pada FIM MiniGP World Finals, yang akan diadakan di Valencia, Sepanyol pada bulan November.

 

TAN SRI MOKHZANI TUN MAHATHIR
Presiden, Motorsports Association of Malaysia (MAM)

“Kejayaan Qabil Irfan Azlan muncul juara dunia FIM MiniGP 160cc tahun lepas adalah kejayaan yang cukup cemerlang buat Malaysia dan komuniti pemotoran negara ini. MAM berharap kejayaan seperti ini akan mencetus semangat baru di kalangan para pengamal sukan pemotoran negara untuk meningkatkan lagi usaha mereka untuk mengasah lebih banyak bakat di peringkat akar umbi. MAM memberikan komitmen penuh untuk terus mengukuhkan lagi kejuaraan FIM MiniGP Malaysia bersama SIC dan ZK Racing untuk terus maju dan menjadi pemangkin kepada perkembangan sukan pemotoran tanahair.”

AZHAN SHAFRIMAN HANIF
Ketua Pegawai Eksekutif SIC

Kami di PETRONAS SIC amat gembira dengan kemajuan yang telah ditunjukkan oleh siri kejuaraan ini dalam usia yang singkat. Dalam empat musim, kolaborasi PETRONAS SIC bersama-sama dengan MAM, ZK Racing dan sokongan padu dari KBS telah berjaya melahirkan juara dunia dan disegani dalam saingan di peringkat dunia untuk kedua-dua kelas 160cc dan 190c. Kami berharap kejayaan ini akan dapat diteruskan dan kualiti kejuaraan ini akan dipertingkatkan dengan mendapat sokongan yang lebih kuat daripada para pemegang taruh dan sektor swasta.”
ZULFAHMI KHAIRUDDIN
Pengurus Pasukan ZK Racing
“Memasuki saingan musim kelima tahun ini, saya yakin kejuaraan FIM MiniGP Malaysia ini mampu berkembang dengan lebih maju lagi khususnya dengan kejayaan cemerlang para pelumba negara di World Finals tahun lepas. Kami berazam untuk bekerja dengan lebih keras lagi untuk menyediakan para pelumba negara bagi meneruskan kejayaan pada kejuaraan ini. Dalam masa yang singkat, kejuaraan ini sudah menghasilkan para pelumba berkelas dunia seperti Hakim Danish dan Qabil Irfan. Kami berharap kejayaan ini akan membuka minat kepada lebih banyak syarikat-syarikat korporat untuk menyertai kami dalam membangunkan bakat di peringkat akar umbi ini.
Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, MotoMini Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and MotoMini Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
© 2025 MOTOMINI MALAYSIA MANAGED BY ZK RACING SDN BHD (1260846-H)
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia