
🇲🇾 Beranang, Selangor | 21 Jun 2026 – Keadaan cuaca yang berubah daripada panas terik kepada hujan lebat pada perlumbaan MotoMini Malaysia 2026 Pusingan 2 di Horizon Beranang Circuit, tidak menghalang bakat-bakat muda negara untuk memperagakan aksi cemerlang mereka dalam semua kategori yang dipertandingkan.
Tumpuan utama hujung minggu ini pastinya terarah dalam kategori SIC Ohvale Junior Championship apabila Haqim Al Mahdi terus membuktikan statusnya sebagai pelumba paling konsisten dengan melakar dua lagi kemenangan untuk menjadikan jumlah keseluruhan empat kemenangan berturut-turut. Pelumba HF MotoMini Team berusia tujuh tahun itu meneruskan momentum cemerlang selepas menyapu bersih dua perlumbaan pada pusingan pembukaan di LYL International Karting Circuit bulan lalu.
Haqim membuka kempen di Beranang dengan kemenangan bergaya dalam Perlumbaan 1 selepas menamatkan 15 pusingan dengan catatan masa 12 minit 26.585 saat, mengatasi Akmal Aiman daripada CMX Racing dan Akid Darwisy daripada H&H Soya Cincau MotoMini. Haqim kemudian meneruskan penguasaan dalam Perlumbaan 2 apabila sekali lagi mengawal saingan dengan tenang, sekali gus melengkapkan kemenangan berganda pada pusingan kali ini.
“Saya sangat gembira dengan kemenangan yang saya capai minggu ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan,” kata Haqim. Kejayaan itu membolehkan Haqim mengumpul 100 mata maksimum selepas dua pusingan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu keseluruhan kategori SIC Ohvale Junior Championship.
Kategori MotoMini Malaysia 160cc pula menyaksikan juara bertahan, Al-Adam Mikail daripada pasukan Scooter.my ZNEXLAB IGOL Racing Team, meneruskan rentak cemerlang apabila menjuarai Perlumbaan 1. Al-Adam menewaskan Qaish Isyraf daripada JRQR Racing Team dan Rayqarl Alhayy untuk menghadiahkan kemenangan penting buat pasukannya.
Namun, Perlumbaan 2 menghadirkan drama tersendiri apabila hujan lebat memaksa perlumbaan dihentikan sementara sebelum disambung semula selepas semua pasukan melakukan pertukaran kepada tayar hujan. Dalam keadaan litar yang licin, Qaish Isyraf mempamerkan tunggangan cukup matang apabila mendahului perlumbaan sebaik saingan disambung semula sebelum terus mencipta jurang selesa ke atas pencabar-pencabar lain. Pelumba berusia 12 tahun dari Pahang itu akhirnya meraih kemenangan sulungnya dalam kategori MotoMini Malaysia 160cc selepas menamatkan perlumbaan di hadapan Naufal Aryan dan Aisy Wafiy.
“Saya bangga dan sangat gembira dengan kemenangan ini. Terima kasih kepada keluarga, penaja dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan kepada saya,” katanya. Hasil keputusan tersebut, Al-Adam masih mendahului carta keseluruhan kategori 160cc dengan 83 mata, namun kelebihannya kini semakin kecil apabila Qaish berjaya merapatkan jurang kepada hanya sembilan mata dengan kutipan 74 mata.
Dalam kategori MotoMini Malaysia 190cc, Qasha Irfan Azlan daripada Team 4 Racing gagal meneruskan rekod kemenangan sempurna musim ini meskipun memulakan hujung minggu dengan cukup cemerlang. Pelumba berusia 12 tahun dari Terengganu itu menjuarai Perlumbaan 1 selepas menamatkan 18 pusingan dengan catatan masa 14 minit 16.347 saat, meninggalkan Malek Ridha di tempat kedua manakala Qayyim Razin daripada MotoSP Ravenol Racing melengkapkan podium.
Bagaimanapun, Perlumbaan 2 yang berlangsung dalam keadaan hujan menyaksikan Qasha berdepan nasib malang apabila terjatuh ketika perlumbaan berbaki tujuh pusingan, sekali gus menamatkan peluangnya untuk menambah satu lagi kemenangan. Situasi itu membuka ruang kepada rakan sepasukannya, Airel Marzuki, untuk mencipta kemenangan sulung dalam kategori tersebut. Airel memanfaatkan keadaan litar yang mencabar dengan cukup baik sebelum menewaskan Qayyim Razin dalam pertarungan sengit yang berlarutan hingga ke selekoh terakhir.
“Syukur saya berjaya melakar kemenangan hari ini. Pada Perlumbaan 1 saya tidak dapat menamatkan perlumbaan, manakala dalam Perlumbaan 2 saya beberapa kali hampir terjatuh. Namun saya berjaya mengawal jentera dengan baik dan mempertahankan kedudukan sehingga garisan penamat walaupun dicabar hebat Qayyim,” kata Airel. Walaupun gagal menambah kemenangan dalam Perlumbaan 2, Qasha masih kekal menerajui carta keseluruhan kategori 190cc dengan 85 mata, diikuti Qayyim Razin (72 mata) dan Malek Ridha (69 mata).
Kategori RCB MotoKidz sekali lagi mencuri perhatian apabila menyajikan aksi paling mendebarkan sepanjang hujung minggu. Dalam Perlumbaan 1, Faith Mikael daripada M8 Racing Team berjaya mengharungi pelbagai insiden untuk muncul juara selepas mempertahankan kedudukan pendahulu meskipun menerima tekanan hebat daripada rakan sepasukan, Ayden Maleeq. Ayden yang sedang mengejar pendahulu terjatuh ketika perlumbaan berbaki enam pusingan sebelum insiden membabitkan Adam Harris dan Al Fateh Iskandar turut mengubah kedudukan kelompok podium. Faith akhirnya melintasi garisan penamat sebagai juara dengan catatan masa 9 minit 18.073 saat diikuti Emyr Asyhman di tempat kedua dan Adam Harris di tempat ketiga. “Saya gembira dapat menamatkan perlumbaan di tempat pertama. Saya akan cuba buat yang terbaik lagi dalam Perlumbaan 2,” kata Faith.
Perlumbaan 2 pula menjadi milik Adam Harris daripada KBG Motorsport yang memanfaatkan keadaan litar basah untuk mempamerkan tunggangan kemas dan konsisten dari awal hingga akhir perlumbaan. Walaupun menerima tekanan daripada Dayyan Adam, Adam berjaya mengekalkan kedudukan pendahulu sehingga ke garisan penamat untuk meraih kemenangan pertamanya musim ini. Dayyan menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala Faith sekali lagi menaiki podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Selepas dua pusingan, Faith masih mendahului carta keseluruhan MotoKidz dengan 76 mata, namun hanya dipisahkan enam mata daripada Adam Harris yang kini mengumpul 70 mata.
Dengan beberapa kategori kini menyaksikan jurang mata yang semakin rapat, saingan MotoMini Malaysia 2026 dijangka terus bertambah sengit menjelang pusingan ketiga yang berlangsung pada 4 dan 5 Julai ini.
🇬🇧 Beranang, Selangor | 21 June 2026 – Changing weather conditions, from scorching heat to heavy rain, at Round 2 of MotoMini Malaysia 2026 at Horizon Beranang Circuit did not prevent the country’s young talents from delivering outstanding performances across all categories.
The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races. The seven-year-old HF MotoMini Team rider carried forward the impressive momentum from the opening round, where he completed a clean sweep of both races at LYL International Karting Circuit last month.
Haqim began his campaign in Beranang with a commanding victory in Race 1, completing the 15-lap contest in 12 minutes 26.585 seconds ahead of Akmal Aiman of CMX Racing and Akid Darwisy of H&H Soya Cincau MotoMini. He then continued his dominance in Race 2, once again controlling the race with composure to complete another perfect weekend.
“I’m very happy with the victories I achieved this week. Thank you to everyone who has always supported me,” said Haqim. The result sees Haqim collect the maximum 100 points after two rounds, further strengthening his position at the top of the SIC Ohvale Junior Championship standings.
In the MotoMini Malaysia 160cc category, defending champion Al-Adam Mikail of Scooter.my ZNEXLAB IGOL Racing Team continued his impressive form by winning Race 1. Al-Adam finished ahead of Qaish Isyraf of JRQR Racing Team and Rayqarl Alhayy to secure another important victory for his team.
However, Race 2 produced its own drama when heavy rain forced a temporary stoppage before the race resumed after all teams switched to wet-weather tyres. In the slippery conditions, Qaish Isyraf delivered a mature and controlled ride, taking the lead shortly after the restart before steadily building a comfortable advantage over his rivals. The 12-year-old rider from Pahang went on to claim his maiden MotoMini Malaysia 160cc victory, finishing ahead of Naufal Aryan and Aisy Wafiy.
“I’m proud and extremely happy with this victory. Thank you to my family, sponsors and friends for always supporting me,” he said. Despite the Race 2 result, Al-Adam remains at the top of the 160cc standings with 83 points. However, his advantage has been reduced significantly, with Qaish closing the gap to just nine points on 74 points.
In the MotoMini Malaysia 190cc category, Qasha Irfan Azlan of Team 4 Racing was unable to maintain his perfect winning record this season despite making an excellent start to the weekend. The 12-year-old rider from Terengganu won Race 1 after completing 18 laps in 14 minutes 16.347 seconds, finishing ahead of Malek Ridha in second, while Qayyim Razin of MotoSP Ravenol Racing completed the podium.
However, Race 2, which took place in wet conditions, saw Qasha suffer heartbreak after crashing with seven laps remaining, ending his hopes of securing another victory. The incident opened the door for his team-mate, Airel Marzuki, to claim his maiden win in the category. Airel made the most of the challenging conditions and successfully held off Qayyim Razin in a thrilling battle that continued right to the final corner.
“Thankfully, I managed to secure the win today. In Race 1, I was unable to finish, while in Race 2 I nearly crashed several times. However, I managed to control the bike well and defend my position until the finish despite strong pressure from Qayyim,” said Airel. Although he missed out on victory in Race 2, Qasha continues to lead the 190cc standings with 85 points, ahead of Qayyim Razin on 72 points and Malek Ridha on 69 points.
The RCB MotoKidz category once again stole the show with some of the most exciting racing of the weekend. In Race 1, Faith Mikael of M8 Racing Team overcame several incidents to claim victory after successfully defending the lead despite intense pressure from team-mate Ayden Maleeq. Ayden, who was chasing the race leader, crashed with six laps remaining, while separate incidents involving Adam Harris and Al Fateh Iskandar also reshuffled the podium battle. Faith eventually crossed the finish line in first place with a time of 9 minutes 18.073 seconds, followed by Emyr Asyhman in second and Adam Harris in third. “I’m happy to finish the race in first place. I’ll try my best again in Race 2,” said Faith.
Race 2 belonged to Adam Harris of KBG Motorsport, who took full advantage of the wet conditions to produce a clean and consistent ride from start to finish. Despite pressure from Dayyan Adam, Adam maintained his lead all the way to the chequered flag to secure his first victory of the season. Dayyan finished second, while Faith claimed another podium finish in third place. After two rounds, Faith continues to lead the MotoKidz standings with 76 points, although his advantage is now just six points over Adam Harris, who has accumulated 70 points.
With several categories now separated by increasingly narrow margins, the MotoMini Malaysia 2026 championship is expected to become even more intense heading into Round 3, which will take place on 4 and 5 July.





🇲🇾 “Secara keseluruhannya, Pusingan 2 MotoMini Malaysia berlangsung dengan sangat positif dan saya berpuas hati dengan perjalanan acara sepanjang hujung minggu ini. Saya amat berbangga dengan semua pelumba yang mengambil bahagian. Sepanjang perlumbaan berlangsung, kami tidak berdepan sebarang masalah besar dan apa yang lebih membanggakan ialah tiga kategori berjaya mencatat rekod baharu.
Ini menunjukkan para pelumba semakin berkembang, semakin pantas dan semakin kompetitif. Saya benar-benar bangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh semua pelumba serta komitmen luar biasa ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan melatih anak-anak mereka untuk terus berkembang dalam sukan ini.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan pelumba yang berjaya menaiki podium pada pusingan kali ini. Pada masa yang sama, saya berharap mereka tidak cepat berpuas hati dan terus bekerja keras untuk menghadapi Pusingan 3 nanti. Perjalanan musim ini masih panjang dan saya percaya tahap persaingan akan menjadi lebih sengit selepas ini. Diharapkan para pelumba untuk terus berusaha dan sentiasa tampil dengan semangat juang yang tinggi.”
🇬🇧 “Overall, Round 2 of MotoMini Malaysia was a very positive event and I am pleased with how the weekend unfolded. I am extremely proud of all the riders who took part. Throughout the event, we did not encounter any major issues and, even more impressively, three categories managed to set new records.
This shows that the riders are continuing to develop, becoming faster and increasingly competitive. I am truly proud of the effort shown by all the riders, as well as the outstanding commitment of the parents who consistently support and help their children progress in the sport.
I would also like to congratulate all the winners and riders who secured podium finishes this round. At the same time, I hope they do not become complacent and continue working hard ahead of Round 3. The season is still a long way from being decided, and I believe the level of competition will become even more intense from this point onwards. I encourage all the riders to keep pushing themselves and to continue competing with determination and a strong fighting spirit.”

