Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA

RCB MINIMOTO CHAMPIONSHIP 2025 PLATFORM BAKAT MUDA PERMOTORAN NEGARA

Home » RCB MINIMOTO CHAMPIONSHIP 2025 PLATFORM BAKAT MUDA PERMOTORAN NEGARA

Beranang, 12 April 2025 – RCB MiniMoto Championship 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Horizon Beranang Circuit, menandakan satu lagi langkah proaktif dalam usaha pembangunan bakat muda sukan permotoran negara. Seramai 32 peserta telah mendaftar secara dalam talian, dengan 18 disenarai pendek untuk sesi pemilihan. Daripada jumlah tersebut, 14 peserta hadir dan 13 telah terpilih untuk menyertai kejohanan ini.

Sesi pemilihan melibatkan beberapa ujian utama seperti Ujian Kecergasan, Ujian Asas Menunggang dan Ujian Menunggang di Litar Penuh. Kebanyakan peserta telah menunjukkan asas kemahiran menunggang yang baik, sekaligus memperkukuh keyakinan terhadap potensi mereka untuk bersaing secara kompetitif.

Peserta yang terpilih terdiri daripada kanak-kanak berumur antara 6 hingga 9 tahun dan berasal dari Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka. Pusingan pertama kejohanan dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 April 2025, di mana saingan sengit dijangka antara pelumba-pelumba cilik ini.

Sebagai penaja utama kejohanan, RCB – jenama terkemuka dalam pengeluaran alat ganti dan aksesori motosikal – menyatakan komitmennya dalam pembangunan akar umbi. Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pemasaran RCB, Encik Marcus Leong, program ini merupakan satu platform berharga untuk mendekati dan mengenali bakat muda negara.

“RCB melihat inisiatif ini sebagai satu langkah penting dalam membimbing pelumba muda menjadi lebih bertanggungjawab dan berkeyakinan. Kami percaya mereka bukan sahaja boleh menjadi pelumba yang hebat, malah ikon kepada rakan sebaya dengan mengamalkan budaya menunggang yang selamat dan profesional,” ujar beliau.

RCB turut menyasarkan agar usaha ini mampu menyumbang kepada pembentukan komuniti permotoran yang lebih positif dan progresif di Malaysia. Dengan pendekatan sistematik dan bimbingan berterusan, program ini dilihat berpotensi menjadi platform pembangunan bakat ke peringkat antarabangsa, termasuk kejohanan dunia seperti MotoGP.

RCB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelumba yang terpilih, serta penghargaan kepada pihak penganjur, ZK Racing, atas penganjuran yang cemerlang dan kerjasama erat dalam menjayakan program ini.

Majlis Perasmian RCB MiniMoto Championship 2025 akan diadakan pada 25 April 2025 di Litar Kart Antarabangsa Sepang, dengan perlumbaan sebenar akan bermula pada 26 April 2025.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Komunikasi, Korporat & Media, Encik Eddy di talian 013-4482190 atau melalui e-mel di eddy@zkracing.com.my.

– TAMAT –

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, MotoMini Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and MotoMini Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
© 2025 MOTOMINI MALAYSIA MANAGED BY ZK RACING SDN BHD (1260846-H)
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia