Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA

QABIL IRFAN, VIET TUAN JUARA FIM MINIGP MALAYSIA 2024​

Home » QABIL IRFAN, VIET TUAN JUARA FIM MINIGP MALAYSIA 2024​

SEPANG, 19 Oktober – Qabil Irfan dinobatkan sebagai juara keseluruhan kelas perdana 190cc untuk siri kejuaraan FIM MiniGP Malaysia 2024 dengan bergaya selepas melengkapkan penguasaan penuh sepanjang musim dengan mencipta kemenangan berganda pada Pusingan 5, yang diadakan di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang di sini hari ini.

Membuat kutipan sempurna 250 mata, Qabil Irfan, yang merupakan juara dunia kelas 160cc tahun lepas, akan diiringi ke Valencia oleh naib juara kelas 190cc, Farish Hafiy, yang memenangi tempat kedua pada kedua-dua perlumbaan hari ini untuk mengumpul 193 mata dan Adam Aiman ditempat ketiga dengan mengumpul 121 mata.

Kejuaraan kelas 160cc, yang dipegang dua musim berturut-turut oleh Qabil Irfan, kini dimiliki oleh pelumba Vietnam, Nyugen Viet Tuan, yang mencipta kejayaan sensasi untuk memenangi kedua-dua perlumbaan; sekali gus memintas Ariel Marzuki dengan hanya 1 mata.

Selepas 10 perlumbaan dan lima pusingan, Viet Tuan mengumpul 208 mata; berbanding kutipan 207 mata oleh Airel Marzuki. Tempat ketiga keseluruhan dimenangi oleh Qayyim Razin, yang mengumpul 158 mata, yang sekadar mencatat tempat kelima untuk kedua-dua perlumbaan hari ini.

Dengan kemenangan ini, Viet Tuan dan Ariel Marzuki memenangi hak untuk bersaing di Kejuaraan Akhir Dunia di Valencia untuk kelas 160cc. Mereka mempunyai tugas berat untuk mempertahankan mahkota kejuaraan dunia yang dimenangi oleh Qabil Irfan tahun lepas.

Qayyim Razim akan turut bersaing di Kejuaraan Akhir Dunia di Valencia mewakili FIM MiniGP Indonesia selepas pelumba negara itu muncul juara keseluruhan saingan kategori 190cc FIM MiniGP Indonesia 2024.

Dalam saingan SIC Ohvale Junior Championship, Al-Adam Mikail mencipta satu lagi kemenangan berganda untuk mengesahkan kejuaraan keseluruhan dengan pungutan 241 mata untuk mengatasi Nafayl Darwisy, yang mengumpul 170 mata termasuk 40 mata yang dikutipnya hari ini. Tempat ketiga keseluruhan dimenangi oleh Hairith Fezzrul Iman dengan 126 mata.

 

 

ZULFAHMI KHAIRUDDIN
Pengurus Pasukan ZK Racing

“Tahun 2024 berjalan dengan lancar, dan saya berpuas hati dengan keputusan yang dicapai.  Walaupun kita tidak memenangi keseluruhan kejuaraan dalam kategori 160, saya percaya keputusan ini adil.

Dalam kategori 110 dan 190, kita dapat melihat dominasi daripada Al-Adam dan Qabil Irfan. Namun, untuk kategori 160, terdapat persaingan sengit antara tiga pelumba utama iaitu Qayyim Razin, Airel Marzuki, dan Nguyen Viet Tuan.

Saya berharap pada tahun hadapan, pelumba dari kategori 110 akan naik ke kategori 160, dan kita dapat mencari pelapis baru untuk kategori 110. Bagi kategori 190, tahun depan adalah tahun ketiga penganjuran, dan saya berharap pelumba Malaysia dapat menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang, serta berharap Qabil masih akan berlumba dalam Malaysia Series pada tahun hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong, termasuk SIC, KBS, MAM, dan seluruh pasukan yang telah melaksanakan program ini dengan baik.”

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, MotoMini Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and MotoMini Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
© 2025 MOTOMINI MALAYSIA MANAGED BY ZK RACING SDN BHD (1260846-H)
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia