
🇲🇾 Sungai Long, Selangor | 17 Mei 2026 – Tiga pelumba muda negara, Qasha Irfan Azlan, Al-Adam Mikail dan Haqim Al Mahdi mencuri tumpuan pada aksi pembukaan MotoMini Malaysia 2026 selepas masing-masing meraih dua kemenangan berturut-turut dalam kategori berbeza sekali gus mengukuhkan status sebagai pencabar awal kejuaraan musim ini.
Tumpuan utama pastinya terarah kepada kategori MotoMini Malaysia 190cc apabila Qasha Irfan tampil cemerlang dengan mengungguli kedua-dua perlumbaan untuk mengumpul 50 mata penuh. Lebih membanggakan, pelumba berusia 12 tahun daripada Team 4 Racing itu berjaya melakar pencapaian berkenaan biarpun baru membuat penampilan sulung dalam kategori 190cc. Qasha yang sebelum ini pernah mewakili negara pada FIM MiniGP World Final di Valencia, Sepanyol tahun lalu, mempamerkan penguasaan penuh dalam Perlumbaan 1 apabila menamatkan 18 pusingan dengan catatan masa 13 minit 58.597 saat (s) untuk meraih 25 mata maksimum. Beliau meninggalkan pencabar terdekat, Qayyim Razin daripada MotoSP Ravenol Racing dengan jurang 4.561s, manakala Malek Ridha melengkapkan podium di tempat ketiga.
Momentum cemerlang itu diteruskan dalam Perlumbaan 2 apabila Qasha sekali lagi menguasai perlumbaan tanpa dicabar hebat pelumba lain untuk melengkapkan hujung minggu sempurna dengan dua kemenangan berturut-turut.
“Syukur dapat tempat pertama. Terima kasih kepada ayah yang mengajar saya sejak kecil dan abang (Qabil Irfan) yang banyak membantu. Saya hanya mahu buat yang terbaik. Saya puas hati dengan kejayaan ini kerana ia hasil latihan keras,” kata Qasha. Kemenangan berganda itu menyaksikan Qasha kini mendahului kedudukan keseluruhan kategori 190cc dengan 50 mata penuh, diikuti Qayyim Razin dan Malek Ridha yang masing-masing mengumpul 36 mata. Airel Marzuki berada di tangga keempat dengan 26 mata, manakala Al Syafiq melengkapkan kelompok lima terbaik menerusi 21 mata.
Dalam kategori 160cc, juara bertahan Al-Adam Mikail daripada pasukan Scooter.my ZNEXLAB IGOL Racing Team tampil garang apabila mempamerkan tunggangan bertenaga untuk menguasai kedua-dua perlumbaan. Al-Adam membuka kempen dengan kemenangan dalam Perlumbaan 1 selepas melengkapkan 17 pusingan dalam masa 13 minit 34.456s. Beliau meninggalkan rakan sepasukan, Rayqarl Alhayy, di tempat kedua dengan jurang 5.613s, manakala Aryan Mikhail daripada Team 4 Racing menamatkan saingan di tempat ketiga.
Dominasi Al-Adam diteruskan dalam Perlumbaan 2 apabila beliau sekali lagi muncul juara untuk mengesahkan kutipan maksimum 50 mata keseluruhan.
“Tadi saya cuba kekal di depan dan terus berlawan. Alhamdulillah, rezeki hari ini dapat cipta jurang jauh dengan pelumba belakang,” kata Al-Adam. Aryan Mikhail menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Qaish Isyraf daripada JRQR Racing Team melengkapkan podium. Hasil keputusan tersebut, Aryan Mikhail kini berada di kedudukan kedua keseluruhan dengan 36 mata, diikuti Rayqarl Alhayy (33 mata), Qaish Isyraf (29 mata) dan Naufal Aryan (22 mata).
Dalam kategori SIC Ohvale Junior, perhatian turut tertumpu kepada pelumba HF MotoMini Team, Haqim Al Mahdi apabila pelumba termuda dalam grid berusia tujuh tahun itu terus mencuri perhatian dengan dua kemenangan bergaya. Memulakan perlumbaan dari petak utama, Haqim terlibat dalam saingan sengit bersama Wan Adra Mikayla daripada Team 4 Racing sebelum berjaya mempamerkan semangat juang tinggi untuk merampas semula kedudukan pendahulu dan melintasi garisan penamat selaku juara.
Prestasi cemerlang itu diteruskan dalam Perlumbaan 2 apabila Haqim sekali lagi mendominasi saingan untuk mengekalkan rekod sempurna sepanjang hujung minggu ini. Wan Adra menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Aqeef Darwish daripada H&H Soya Cincau MotoMini berada di tempat ketiga.
“Saya sangat gembira. Terima kasih kepada semua,” kata Haqim ringkas. Haqim mendahului kedudukan keseluruhan SIC Ohvale Junior dengan 50 mata penuh, meninggalkan Wan Adra Mikayla di tangga kedua (40 mata) dan Aqeef Darwish di tempat ketiga (32 mata). Fayyadh Anaqi serta Safuddin Shaharizan pula berkongsi 24 mata.
Kategori RCB MotoKidz pula menyajikan aksi paling mendebarkan pada pusingan pembukaan apabila Al Fateh Iskandar daripada KBG Motorsport muncul juara Perlumbaan 1 dengan catatan masa 9 minit 24.714s. Bagaimanapun, kemenangan itu hanya dipisahkan jurang 0.177s di hadapan Ayden Maleeq daripada M8 Racing Team.
Perlumbaan 2 kemudian menjadi pentas kebangkitan buat M8 Racing Team apabila pasangan adik-beradik, Faith Mikael dan Ayden Maleeq, menghadiahkan kedudukan satu-dua buat pasukan mereka. Rakan sepasukan, Emyr Asyhman, melengkapkan podium untuk memastikan penguasaan penuh M8 Racing Team. Keputusan itu membolehkan Ayden Maleeq menerajui kedudukan keseluruhan dengan 40 mata.
“Perlumbaan pertama saya terjatuh, namun dalam Perlumbaan 2 saya bangkit untuk kembali meraih kemenangan,” kata Faith Mikael. Faith Mikael kini mengumpul 35 mata, manakala Adam Harris dan Emyr Asyhman masing-masing meraih 29 mata. Al Fateh Iskandar berada di tangga kelima dengan 25 mata.
Walaupun beberapa kategori menyaksikan dominasi jelas daripada pelumba tertentu, aksi sepanjang pusingan pembukaan tetap memperlihatkan persaingan kompetitif, khususnya dalam perebutan kelompok podium dan kedudukan keseluruhan kejuaraan.
Pusingan kedua yang dijadual berlangsung di Horizon Beranang Circuit pada 20 dan 21 Jun depan dijangka menjadi medan penting buat pencabar lain merapatkan kedudukan keseluruhan serta mencabar penguasaan pelumba-pelumba di tangga teratas.
🇬🇧 Sungai Long, Selangor | 17 May 2026 – Three young Malaysian riders, Qasha Irfan Azlan, Al-Adam Mikail and Haqim Al Mahdi, stole the spotlight in the opening round of MotoMini Malaysia 2026 after each secured back-to-back victories in their respective categories, strengthening their status as early title contenders this season.
The main focus was undoubtedly on the MotoMini Malaysia 190cc category as Qasha Irfan delivered an impressive performance by dominating both races to collect the maximum 50 points. Even more remarkable, the 12-year-old rider from Team 4 Racing achieved the feat despite making his debut in the 190cc category.
Qasha, who previously represented Malaysia at the FIM MiniGP World Final in Valencia, Spain last year, displayed complete control in Race 1 by completing 18 laps in 13 minutes 58.597 seconds (s) to secure the maximum 25 points. He finished 4.561s ahead of closest challenger Qayyim Razin from MotoSP Ravenol Racing, while Malek Ridha completed the podium in third place.
That impressive momentum continued in Race 2 as Qasha once again dominated proceedings without facing a serious challenge from the rest of the field to complete a perfect weekend with two consecutive victories.
“I’m grateful to finish in first place. Thank you to my father, who has taught me since I was young, and to my brother (Qabil Irfan), who has helped me a lot. I just wanted to do my best. I’m very satisfied with this result because it came from hard training,” said Qasha. The double victory sees Qasha leading the overall standings in the 190cc category with a maximum 50 points, followed by Qayyim Razin and Malek Ridha, who both collected 36 points. Airel Marzuki sits fourth with 26 points, while Al Syafiq completes the top five with 21 points.
In the 160cc category, defending champion Al-Adam Mikail from Scooter.my ZNEXLAB IGOL Racing Team looked dominant after producing a strong and aggressive display to control both races. Al-Adam opened his campaign with victory in Race 1 after completing 17 laps in 13 minutes 34.456s. He finished 5.613s ahead of team-mate Rayqarl Alhayy in second place, while Aryan Mikhail from Team 4 Racing completed the podium in third.
Al-Adam’s dominance continued in Race 2 as he once again emerged victorious to confirm a maximum haul of 50 points overall.
“I tried to stay in front and keep fighting. Alhamdulillah, today I managed to build a big gap over the riders behind,” said Al-Adam. Aryan Mikhail finished second, while Qaish Isyraf from JRQR Racing Team completed the podium. Following the results, Aryan Mikhail now sits second overall with 36 points, ahead of Rayqarl Alhayy (33 points), Qaish Isyraf (29 points) and Naufal Aryan (22 points).
In the SIC Ohvale Junior category, attention also turned to HF MotoMini Team rider Haqim Al Mahdi, as the youngest rider on the grid at just seven years old continued to impress with two stylish victories. Starting from pole position, Haqim was involved in an intense battle with Wan Adra Mikayla from Team 4 Racing before showing tremendous fighting spirit to reclaim the lead and cross the finish line as race winner.
The excellent performance continued in Race 2 as Haqim once again dominated the race to maintain a perfect record throughout the weekend. Wan Adra finished second, while Aqeef Darwish from H&H Soya Cincau MotoMini came home third.
“I’m very happy. Thank you to everyone,” said Haqim briefly. Haqim leads the SIC Ohvale Junior overall standings with a full 50 points, ahead of Wan Adra Mikayla in second place (40 points) and Aqeef Darwish in third (32 points). Fayyadh Anaqi and Safuddin Shaharizan are tied on 24 points.
The RCB MotoKidz category produced the most thrilling action of the opening round as Al Fateh Iskandar from KBG Motorsport won Race 1 with a time of 9 minutes 24.714s. However, the victory margin was just 0.177s ahead of Ayden Maleeq from M8 Racing Team.
Race 2 then became a comeback platform for M8 Racing Team as siblings Faith Mikael and Ayden Maleeq secured a one-two finish for the team. Team-mate Emyr Asyhman completed the podium to seal a dominant result for M8 Racing Team. The result allowed Ayden Maleeq to take the lead in the overall standings with 40 points.
“I crashed in the first race, but in Race 2 I bounced back to return to winning ways,” said Faith Mikael. Faith Mikael now has 35 points, while Adam Harris and Emyr Asyhman have both collected 29 points. Al Fateh Iskandar sits fifth overall with 25 points.
Although several categories witnessed clear domination from certain riders, the opening round still delivered competitive racing, particularly in the battle for podium positions and the overall championship standings.
The second round, scheduled to take place at Horizon Beranang Circuit on 20 and 21 June, is expected to provide an important opportunity for the challengers to close the gap in the standings and challenge the riders currently leading their respective categories.





🇲🇾”Perlumbaan Pusingan 1 MotoMini Malaysia 2026 di LYL International Karting Circuit berlangsung dengan lancar. Dengan penggunaan konsep baharu, saya melihat ia membawa satu semangat dan kelainan yang sangat positif kepada kejohanan ini. Lebih ramai pengunjung hadir, lebih banyak ahli keluarga turut datang memberikan sokongan dan saya percaya langkah yang diperkenalkan ini adalah satu perkembangan yang baik untuk kejohanan MotoMini Malaysia. Saya yakin ramai ibu bapa gembira dengan konsep yang diketengahkan kali ini.
Bagi kategori RCB MotoKidz, saya amat bangga dengan prestasi semua pelumba apabila catatan masa sepusingan berjaya diperbaiki hampir 2.3 saat lebih pantas berbanding tahun lalu. Peningkatan ini jelas membuktikan tahap latihan, disiplin dan perkembangan mereka semakin baik walaupun menggunakan motosikal serta susun atur litar yang sama.
Begitu juga dalam kategori SIC Ohvale Junior Championship. Kemenangan Haqim Al Mahdi serta Wan Adra Mikayla yang menamatkan kedua-dua perlumbaan di tempat kedua menunjukkan program RCB MotoKidz adalah satu program pembangunan yang berjaya. Perkembangan pelumba daripada RCB MotoKidz ke SIC Ohvale Junior Championship amat positif dan saya sangat gembira melihat prestasi semua pelumba dalam kategori tersebut.
Bagi kategori MotoMini 160, Al-Adam Mikail masih lagi menjadi pelumba yang sukar dicabar oleh pelumba lain. Saya percaya dengan pengalaman serta kelajuan yang dimilikinya, bukan mudah untuk pelumba lain mengejarnya. Saya yakin Al-Adam akan terus menjadi antara calon utama kejuaraan musim ini.
Untuk kategori MotoMini 190 pula, saya berharap lebih ramai pelumba antarabangsa dapat dijemput bagi memeriahkan lagi perlumbaan di Malaysia. Bagi pelumba tempatan seperti Qasha Irfan, saya sangat bangga dengan cara tunggangannya kerana dia semakin menghampiri catatan masa Qabil Irfan. Ini menunjukkan dia semakin selesa mengendalikan jentera Ohvale GP2 selepas naik daripada kategori 160cc sebelum ini.
Secara keseluruhannya, saya amat gembira dengan permulaan FIM MotoMini Malaysia musim ini. Terima kasih kepada KBS, MAM, SIC serta semua rakan kerjasama yang membantu menjayakan program MotoMini tahun ini.”
🇬🇧 “Round 1 of the MotoMini Malaysia 2026 at the LYL International Karting Circuit ran smoothly. With the introduction of a new concept, I see it bringing a very positive sense of energy and variation to the championship. More spectators attended, more families came to show their support, and I believe this initiative is a positive development for the MotoMini Malaysia championship. I am confident that many parents are pleased with the concept introduced this time.
In the RCB MotoKidz category, I am very proud of all the riders’ performances as lap times have improved by almost 2.3 seconds compared to last year. This clearly demonstrates that, despite using the same motorcycles and circuit layout, their training, discipline, and development have improved significantly.
Similarly, in the SIC Ohvale Junior Championship, Haqim Al Mahdi’s victory, along with Wan Adra Mikayla finishing second in both races, shows that the RCB MotoKidz programme is a successful development pathway. The progression of riders from RCB MotoKidz to the SIC Ohvale Junior Championship is very positive, and I am delighted with the performances of all riders in this category.
In the MotoMini 160 category, Al-Adam Mikail remains a rider who is very difficult for others to challenge. I believe that with his experience and speed, it will not be easy for other riders to catch him. I am confident that Al-Adam will continue to be one of the main title contenders this season.
For the MotoMini 190 category, I hope more international riders can be invited to further enhance the competitiveness of the championship in Malaysia. As for local rider Qasha Irfan, I am very proud of his riding as he is getting closer to Qabil Irfan’s lap times. This shows that he is becoming more comfortable on the Ohvale GP2 machine after moving up from the 160cc category.
Overall, I am very pleased with the opening of the FIM MotoMini Malaysia season. Thank you to the Ministry of Youth and Sports (KBS), MAM, SIC, and all partners who have contributed to making this year’s MotoMini programme a success.”

