🇲🇾 Beranang, Selangor | 17 Jun 2026 – Saingan MotoMini Malaysia 2026 dijangka semakin sengit apabila pelumba-pelumba cilik terbaik negara kembali berentap pada Pusingan 2 yang akan berlangsung di Litar Horizon Beranang dari 19 hingga 21 Jun ini. Selepas aksi pembukaan yang berlangsung penuh dramatik di LYL International Circuit bulan lalu, perebutan kedudukan carta keseluruhan kejuaraan kini mula menunjukkan bayangan awal calon-calon yang berpotensi mencabar gelaran musim ini.
Tumpuan utama sudah pasti terarah kepada kategori MotoMini Malaysia 190cc yang menyaksikan Qasha Irfan Azlan hadir ke Beranang selaku pendahulu keseluruhan selepas meraih kemenangan berganda pada pusingan pembukaan sekali gus mengumpul 50 mata bersih. Pelumba Team 4 Racing itu membuktikan kemampuan luar biasanya apabila terus menyerlah meskipun baru dinaikkan ke kategori 190cc musim ini dan kini menjadi sasaran utama pencabar-pencabar lain termasuk Qayyim Razin dan Malek Ridha yang berada di kedudukan kedua, ketiga ketika ini.
Dalam kategori 160cc pula, juara bertahan Al-Adam Mikail daripada Scooter.my ZNEXLAB IGOL Racing Team dijangka sekali lagi menjadi pelumba yang perlu ditewaskan selepas mempamerkan penguasaan pada pusingan pertama dengan dua kemenangan sekali gus mengumpul 50 mata bersih. Bagaimanapun, cabaran Al-Adam pasti daripada Aryan Mikhail dari pasukan Team 4 Racing dan Rayqarl Alhayy (Scooter.my ZNEXLAB IGOL Racing Team) serta Qaish Isyraf (JRQR Racing Team) dijangka lebih sengit kali ini dalam usaha merapatkan jurang mata kejuaraan sebelum saingan memasuki pertengahan musim.
Kategori SIC Ohvale Junior turut mencuri perhatian apabila pelumba termuda kejohanan, Haqim Al Mahdi yang berusia tujuh tahun terus mempamerkan peningkatan memberangsangkan apabila pelumba HF MotoMini Team tersebut mengungguli kedua-dua perlumbaan pada aksi pembukaan. Kehadiran pencabar seperti pelumba berusia 11 tahun, Wan Adra Mikayla (Team 4 Racing) dan Aqeef Darwish (H&H Soya Cincau MotoMini) dijangka menjadikan perlumbaan lebih terbuka dengan masing-masing berazam menamatkan dominasi Haqim di Horizon Beranang.
Dalam kategori RCB MotoKidz, persaingan dijangka paling menarik apabila kedudukan keseluruhan masih terbuka dengan beberapa pelumba hanya dipisahkan jurang mata yang kecil. Pendahulu keseluruhan, Wan Ayden Maleeq dijangka menerima tentangan hebat daripada Wan Faith Mikael, Adam Harris, Emyr Asyhman dan Al Fateh Iskandar yang masih memiliki peluang cerah untuk mengubah kedudukan carta.
Selain perebutan mata kejuaraan, pusingan kedua juga menjadi medan penting buat semua pelumba untuk memperbaiki catatan masa serta membuktikan hasil latihan yang dilakukan sepanjang tempoh rehat selepas aksi pembukaan. Dengan perkembangan positif yang dipamerkan pada pusingan pertama, MotoMini Malaysia 2026 terus membuktikan statusnya sebagai platform pembangunan bakat paling penting dalam usaha melahirkan pelumba muda negara yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa pada masa depan.
🇬🇧 Beranang, Selangor | 17 June 2026 – The 2026 MotoMini Malaysia Championship is set to become even more competitive as the country’s best young riders return to action for Round 2 at Horizon Beranang Circuit from 19 to 21 June. Following a dramatic opening round at LYL International Circuit last month, the battle for the overall championship standings is already beginning to reveal the riders most likely to challenge for this season’s titles.
The spotlight will undoubtedly be on the MotoMini Malaysia 190cc category, where Qasha Irfan Azlan arrives in Beranang as the championship leader after securing a double victory in the opening round and collecting the maximum 50 points. The Team 4 Racing rider has demonstrated exceptional ability by immediately making his mark despite stepping up to the 190cc category this season and now finds himself as the benchmark for his rivals, including Qayyim Razin and Malek Ridha, who currently occupy second and third place respectively.
In the 160cc category, defending champion Al-Adam Mikail of Scooter.my ZNEXLAB IGOL Racing Team is once again expected to be the rider to beat after dominating the opening round with two victories and a maximum haul of 50 points. However, Al-Adam is likely to face stronger challenges this time from Aryan Mikhail of Team 4 Racing, as well as Rayqarl Alhayy (Scooter.my ZNEXLAB IGOL Racing Team) and Qaish Isyraf (JRQR Racing Team), all of whom will be eager to close the gap in the championship standings before the season reaches its midway point.
The SIC Ohvale Junior category has also attracted considerable attention, with the championship’s youngest rider, seven-year-old Haqim Al Mahdi, continuing to impress after dominating both races in the opening round. The HF MotoMini Team rider will face renewed challenges from 11-year-old Wan Adra Mikayla of Team 4 Racing and Aqeef Darwish of H&H Soya Cincau MotoMini, both of whom will be determined to end Haqim’s winning streak at Horizon Beranang.
Meanwhile, the RCB MotoKidz category is expected to provide some of the closest racing of the weekend, with the overall standings still wide open and several riders separated by only a small margin of points. Championship leader Wan Ayden Maleeq is expected to face stiff competition from Wan Faith Mikael, Adam Harris, Emyr Asyhman and Al Fateh Iskandar, all of whom remain well within contention to shake up the standings.
Beyond the battle for championship points, Round 2 will also serve as an important opportunity for all riders to improve their lap times and demonstrate the progress made during the break following the opening round. Following the encouraging performances seen in Round 1, MotoMini Malaysia 2026 continues to reinforce its status as one of the country’s most important rider development platforms, helping to nurture the next generation of Malaysian talent capable of competing on the international stage in the future.

🇲🇾 “Selepas pusingan pertama, saya nampak banyak perkara positif yang berlaku terutamanya bagi kategori RCB MotoKidz Championship dan SIC Ohvale Junior Championship. Perkara ini sangat penting, di mana kita dapat lihat impak positif RCB MotoKidz Championship sebagai program peralihan ke SIC Ohvale Junior Championship. Contoh terbaik kita boleh saksikan melalui dominasi Haqim Al Mahdi dan Adra Mikayla yang musim lepas berlumba di RCB MotoKidz Championship sebelum beralih ke SIC Ohvale Junior Championship pada musim ini.
Bagi kategori MotoMini 160cc dan MotoMini 190cc, Al-Adam dan Qasha Irfan masih menjadi penanda aras bagi kategori masing-masing. Saya harapkan saingan daripada pelumba lain semakin rapat dan mereka dapat mengasak serta memberikan cabaran kepada Al-Adam dan juga Qasha Irfan.
Secara keseluruhannya, saya berharap kita dapat meneruskan perlumbaan di Beranang dengan baik dan selamat memandangkan litar di Beranang ini kecil dan keselamatan memang sangat dititikberatkan. Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak MAM kerana sentiasa menegaskan tentang isu keselamatan di litar ini dan terima kasih kepada pihak Horizon Beranang Circuit yang memberikan kerjasama untuk menyediakan kemudahan dan menambah baik aspek keselamatan dari masa ke masa.”
🇬🇧 “Following the opening round, I have seen many positive developments, particularly in the RCB MotoKidz Championship and SIC Ohvale Junior Championship categories. This is extremely important, as it highlights the positive impact of the RCB MotoKidz Championship as a stepping stone towards the SIC Ohvale Junior Championship. The best examples are Haqim Al Mahdi and Adra Mikayla, both of whom competed in the RCB MotoKidz Championship last season before progressing to the SIC Ohvale Junior Championship this year, where they have continued to perform strongly.
In the MotoMini 160cc and MotoMini 190cc categories, Al-Adam and Qasha Irfan remain the benchmarks in their respective classes. I hope to see the competition become even closer, with the other riders continuing to push hard and provide a stronger challenge to both Al-Adam and Qasha Irfan.
Overall, I hope we can enjoy another successful and safe race weekend in Beranang. Given the compact nature of the Beranang circuit, safety remains a top priority. I would also like to thank the Motorcycle Association of Malaysia (MAM) for its continued emphasis on safety standards at the circuit, as well as Horizon Beranang Circuit for its cooperation in providing the necessary facilities and for continuously improving safety measures over time.”







