
🇲🇾 Beranang, Selangor | 5 Julai 2026 – Kejuaraan MotoMini Malaysia 2026 terus menyajikan pertempuran sengit apabila Pusingan 3 yang berlangsung di Horizon Beranang Circuit menyaksikan pelumba-pelumba muda menampilkan prestasi memberangsangkan.
Kategori SIC Ohvale Junior Championship sekali lagi menjadi tumpuan apabila Haqim Al Mahdi dari pasukan HF MotoMini Team meneruskan penguasaan cemerlang dengan meraih kemenangan berganda, sekali gus mengekalkan rekod sempurnanya musim ini. Pelumba berusia tujuh tahun itu mempamerkan tunggangan yang konsisten dalam Perlumbaan 1 apabila berjaya melebarkan jurang hampir empat saat pada pusingan terakhir sebelum melintasi garisan penamat sebagai juara. Haqim menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 12 minit 24.511 saat untuk muncul juara di hadapan Akmal Aiman daripada CMX Racing dan Adra Mikayla daripada Team 4 Racing.
Haqim meneruskan rentak cemerlang dalam Perlumbaan 2 apabila sekali lagi mengawal perlumbaan dari awal hingga akhir sebelum melintasi garisan penamat dengan kelebihan hampir enam saat ke atas pencabar terdekat. Adra Mikayla menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Aqeef Darwish daripada H&H SoyaCincau MotoMini melengkapkan kedudukan podium. Kemenangan berganda itu membolehkan Haqim melakar enam kemenangan berturut-turut daripada tiga pusingan perlumbaan, sekali gus mengumpul 150 mata maksimum untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu keseluruhan kategori SIC Ohvale Junior Championship. “Saya sangat bersyukur sebab dapat nombor satu lagi dalam perlumbaan minggu ini. Saya akan terus menjalani latihan dan memberikan yang terbaik sepanjang perlumbaan musim ini,” kata Haqim.
Dalam kategori MotoMini Malaysia 160cc, Al-Adam Mikail daripada Scooter.MY ZNEXLAB IGOL Racing Team terus garang mempamerkan prestasi konsisten apabila menyapu bersih kedua-dua perlumbaan. Al-Adam tampil aksi memukau pada Perlumbaan 1 sebelum mencipta jurang hampir tiga saat untuk muncul juara. Pelumba kelahiran Pahang itu meneruskan penguasaan dalam Perlumbaan 2 dengan mencipta kelebihan hampir empat saat ke atas pencabar bagi melengkapkan kemenangan berganda. Qaish Isyraf muncul naib juara dalam kedua-dua perlumbaan, manakala Aryan Mikhail menamatkan saingan di tempat ketiga.
Kejayaan itu mengukuhkan kedudukan Al-Adam di kedudukan teratas carta keseluruhan selepas mengumpul 133 mata, sekali gus melebarkan jurang kepada 19 mata mengatasi pencabar terdekat, Qaish Isyraf (114 mata). Aryan Mikhail kekal di tangga ketiga dengan 81 mata, menjadikan persaingan bagi kelompok hadapan semakin menarik menjelang baki dua pusingan musim ini. “Saya akan terus memberikan yang terbaik dan mengekalkan fokus bagi menghadapi baki perlumbaan musim ini,” kata Al-Adam.
Kategori MotoMini Malaysia 190cc pula menyaksikan Qasha Irfan Azlan daripada Team 4 Racing terus membuktikan konsistensinya apabila meraih kemenangan berganda. Qasha berjaya mengatasi tekanan berterusan daripada Adam Aiman dan Qayyim Razin dalam kedua-dua perlumbaan untuk mengekalkan kedudukan pendahulu sehingga ke garisan penamat. Kemenangan berganda itu menyaksikan Qasha kini mengumpul 135 mata untuk terus mendahului carta keseluruhan kategori 190cc. Pelumba Team 4 Racing itu memiliki kelebihan 31 mata ke atas Qayyim Razin (104 mata), manakala Malek Ridha berada di tangga ketiga dengan 95 mata. Persaingan turut kekal sengit apabila Adam Aiman menghuni tempat keempat dengan 89 mata, hanya enam mata di belakang Malek Ridha. “Ada beberapa perkara yang masih perlu saya perbaiki dan saya akan terus berusaha memberikan persembahan terbaik pada perlumbaan akan datang,” kata Qasha.
Sementara itu, kategori RCB MotoKidz Championship menyaksikan Faith Mikael daripada M8 Racing Team meneruskan prestasi cemerlang dengan menyapu bersih kedua-dua perlumbaan. Faith menjuarai Perlumbaan 1 di hadapan Adam Harris dan Dayyan Adam sebelum sekali lagi muncul juara dalam Perlumbaan 2, kali ini mengatasi Dayyan Adam dan Yusuf Iskandar. Prestasi cemerlang itu membolehkan Faith mengumpul 126 mata selepas tiga pusingan hasil empat kemenangan daripada enam perlumbaan, sekali gus muncul pendahulu keseluruhan dengan kelebihan 25 mata mengatasi Adam Harris (101 mata). Dayyan Adam kekal di tangga ketiga dengan 88 mata, manakala Yusuf Iskandar dan Ayden Maleeq berkongsi kedudukan keempat selepas masing-masing mengumpul 74 mata.
🇬🇧 Beranang, Selangor | 5 July 2026 – The MotoMini Malaysia Championship continued to produce thrilling racing as Round 3 at Horizon Beranang Circuit saw the country’s rising young talents deliver another weekend of impressive performances.
The SIC Ohvale Junior Championship once again stole the spotlight as HF MotoMini Team’s Haqim Al Mahdi maintained his flawless record with another clean sweep of victories. The seven-year-old produced a composed and consistent ride in Race 1, pulling clear by almost four seconds on the final lap before crossing the finish line to claim victory. Haqim completed the race in 12 minutes 24.511 seconds, finishing ahead of CMX Racing’s Akmal Aiman and Team 4 Racing’s Adra Mikayla.
Haqim continued his dominant form in Race 2, controlling the race from start to finish before taking the chequered flag with an advantage of almost six seconds over his nearest rival. Adra Mikayla finished second, while H&H SoyaCincau MotoMini’s Aqeef Darwish completed the podium. The double victory marked Haqim’s sixth consecutive win from the opening three rounds, giving him a perfect 150 championship points to further strengthen his lead in the overall SIC Ohvale Junior Championship standings “I’m very grateful to have won again this weekend. I’ll continue training hard and give my very best throughout the rest of the season,” said Haqim.
In the MotoMini Malaysia 160cc category, Scooter.MY ZNEXLAB IGOL Racing Team’s Al-Adam Mikail continued his outstanding consistency by claiming victories in both races. The Pahang rider delivered a commanding performance in Race 1, opening up a lead of almost three seconds before taking the win. He repeated the feat in Race 2, extending his advantage to nearly four seconds to complete a dominant double victory. Qaish Isyraf finished runner-up in both races, while Aryan Mikhail secured third place on each occasion. The results see Al-Adam strengthen his position at the top of the championship standings with 133 points, extending his lead over nearest challenger Qaish Isyraf (114 points) to 19 points. Aryan Mikhail remains third with 81 points, keeping the fight at the front highly competitive heading into the final two rounds of the season. “I’ll continue giving my very best and stay focused for the remaining races this season,” said Al-Adam.
The MotoMini Malaysia 190cc category saw Team 4 Racing’s Qasha Irfan Azlan reaffirm his consistency by securing another double victory. Qasha successfully withstood relentless pressure from Adam Aiman and Qayyim Razin in both races to maintain his lead all the way to the chequered flag. The victories lift Qasha to 135 championship points, allowing him to maintain his position at the top of the overall 190cc standings. He now holds a 31-point advantage over Qayyim Razin (104 points), while Malek Ridha sits third with 95 points. The battle remains intense, with Adam Aiman occupying fourth place on 89 points, just six points behind Malek Ridha. “There are still a few areas I need to improve, and I’ll continue working hard to deliver an even better performance at the next round,” said Qasha.
Meanwhile, the RCB MotoKidz Championship once again produced exciting racing as M8 Racing Team’s Faith Mikael completed a clean sweep of both races. Faith claimed victory in Race 1 ahead of Adam Harris and Dayyan Adam before repeating the achievement in Race 2, this time finishing ahead of Dayyan Adam and Yusuf Iskandar. The impressive weekend sees Faith move to 126 championship points after three rounds, having secured four victories from six races. He now leads the overall standings by 25 points over Adam Harris (101 points). Dayyan Adam remains third with 88 points, while Yusuf Iskandar and Ayden Maleeq are tied for fourth place on 74 points each.





🇲🇾 “Dengan berakhirnya Pusingan 3, kita kini memasuki separuh kedua saingan MotoMini Malaysia musim ini. Setakat ini, saya melihat persaingan semakin jelas apabila pelumba-pelumba yang berada di kelompok hadapan berjaya mengekalkan prestasi mereka secara konsisten dari satu pusingan ke satu pusingan. Keputusan pada pusingan kali ini mungkin tidak banyak berubah, namun itu bukan bermaksud saingan semakin mudah. Sebaliknya, ia membuktikan pelumba-pelumba di hadapan benar-benar bekerja keras untuk mengekalkan momentum, manakala pencabar lain pula terus meningkatkan prestasi untuk merapatkan jurang.
Program MotoMini Malaysia merupakan platform pembangunan akar umbi yang memberi peluang kepada pelumba muda mengasah bakat sebelum melangkah ke pentas yang lebih tinggi. Saya gembira melihat semakin ramai pelumba menunjukkan perkembangan positif dan bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan. Kejuaraan masih berbaki dua pusingan dan apa sahaja boleh berlaku dalam sukan permotoran. Saya berharap semua pelumba terus memberi fokus terhadap latihan dan tidak cepat berpuas hati kerana setiap mata yang dikutip selepas ini amat penting dalam menentukan kedudukan keseluruhan musim.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, pasukan, jurulatih dan ibu bapa yang terus memberikan komitmen sepanjang musim ini. Saya yakin baki dua pusingan nanti akan menyaksikan persaingan yang lebih sengit dan kompetitif.”
🇬🇧 “With Round 3 now complete, we have officially reached the halfway point of this year’s MotoMini Malaysia season. So far, the championship battle has become much clearer, with the front-runners consistently maintaining their performance from one round to the next. While the results may not have changed significantly this weekend, that certainly does not mean the competition is becoming any easier. On the contrary, it shows that the riders at the front are working extremely hard to maintain their momentum, while the rest of the field continues to improve and close the gap.
MotoMini Malaysia is a grassroots development programme that provides young riders with the opportunity to develop their talent before progressing to higher levels of competition. I’m delighted to see more and more riders showing encouraging progress and preparing themselves for greater challenges in the future. With two rounds still remaining, anything can happen in motorsport. I hope every rider stays focused on their training and doesn’t become complacent, because every championship point from this stage onwards will be crucial in determining the final standings.
I’d also like to congratulate all the winners, teams, coaches and parents for their continued commitment throughout the season. I’m confident the remaining two rounds will deliver even more intense and competitive racing.”

