🇲🇾 Beranang, Selangor | 1 Julai 2026 – Kejuaraan MotoMini Malaysia 2026 dijangka memasuki fasa lebih mendebarkan apabila barisan pelumba muda terbaik negara kembali berentap pada Pusingan 3 di Horizon Beranang Circuit, dari 3 hingga 5 Julai ini.
Selepas dua pusingan yang menyajikan pelbagai aksi dramatik termasuk rekod baharu litar serta pertarungan sengit hingga ke garisan penamat, saingan dijangka terus memuncak pada pusingan seterusnya. Perlumbaan Pusingan 3 kali ini dijangka menjadi medan penting yang mampu mengubah perebutan kejuaraan keseluruhan dalam setiap kategori.
Tumpuan pastinya terarah kepada kategori SIC Ohvale Junior Championship apabila pelumba sensasi berusia tujuh tahun, Haqim Al Mahdi, berpeluang meneruskan penguasaan selepas mencipta rekod sempurna dengan empat kemenangan berturut-turut musim ini. Namun, pencabar-pencabarnya kini semakin hampir dari segi prestasi dan bersedia menamatkan dominasi Haqim, sekali gus menjadikan setiap perlumbaan di Beranang bakal berlangsung dalam suasana penuh tekanan.
Kategori MotoMini Malaysia 190cc pula dijangka terus menjadi antara saingan paling sengit apabila pendahulu keseluruhan, Qasha Irfan Azlan, berusaha menebus kekecewaan selepas gagal melengkapkan kemenangan berganda pada pusingan lalu susulan insiden terjatuh ketika mendahului Perlumbaan 2. Dalam kategori MotoMini Malaysia 160cc, juara bertahan Al-Adam Mikail tidak lagi boleh berasa selesa apabila kebangkitan Qaish Isyraf mula memberi tekanan selepas kemenangan sulungnya pada Perlumbaan 2 Pusingan 2 berjaya merapatkan jurang mata keseluruhan.
Kategori RCB MotoKidz juga dijangka terus mencuri perhatian apabila Faith Mikael hanya memiliki kelebihan tipis di puncak carta, sekali gus membuka ruang kepada Adam Harris dan pencabar lain untuk menggugat kedudukannya.Lebih menarik, Pusingan 2 menyaksikan tiga kategori berjaya memperbaharui rekod terpantas litar, sekali gus membuktikan tahap pembangunan dan peningkatan prestasi pelumba-pelumba muda negara terus berada di landasan yang positif.
Pengarah Program MotoMini Malaysia, Zulfahmi Khairuddin percaya momentum tersebut akan diteruskan pada Pusingan 3 walaupun mengakui cabaran untuk memperbaharui rekod sekali lagi bukan sesuatu yang mudah.Menurutnya, perubahan lokasi dari Sepang ke Horizon Beranang tidak mengubah fokus utama program, iaitu memastikan setiap pelumba terus berkembang, memperoleh pengalaman berlumba yang berkualiti serta menikmati persaingan sihat sepanjang musim. Beliau turut yakin semua pelumba telah membuat persiapan rapi sejak tamat Pusingan 2 dan bersedia mempamerkan peningkatan prestasi apabila lampu hijau perlumbaan dinyalakan hujung minggu ini.
Dengan perebutan mata keseluruhan yang semakin rapat dan setiap kemenangan kini mampu mengubah kedudukan kejuaraan, Pusingan 3 MotoMini Malaysia dijangka menjadi antara aksi paling sengit setakat musim ini sekali gus membuktikan peningkatan ketara yang dipamerkan oleh generasi baharu pelumba negara. Untuk rekod, MotoMini Malaysia memainkan peranan sebagai program pembangunan akar umbi yang menjadi platform melahirkan pelumba-pelumba muda sebelum mereka melangkah ke pentas yang lebih tinggi.
Program itu sebelum ini berjaya mencungkil bakat seperti pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli dan bintang muda Moto4 European Championship, Qabil Irfan Azlan, yang masing-masing memulakan perjalanan karier mereka menerusi perlumbaan MotoMini sebelum menempa nama di pentas antarabangsa. Kejayaan mereka membuktikan MotoMini Malaysia bukan sekadar medan perlumbaan hujung minggu, sebaliknya sebuah platform pembangunan yang menyediakan asas kukuh kepada pelumba muda untuk bersaing di peringkat Asia dan dunia.
🇬🇧 Beranang, Selangor | 1 July 2026 – The 2026 MotoMini Malaysia Championship is set to enter an even more exciting phase as the country’s brightest young riders return to action for Round 3 at Horizon Beranang Circuit from 3 to 5 July.
Following two rounds that have delivered dramatic racing, new lap records and thrilling battles right to the chequered flag, the championship is expected to intensify even further. Round 3 could prove to be a pivotal stage in the title race across all categories.
Attention will once again be on the SIC Ohvale Junior Championship, where seven-year-old sensation Haqim Al Mahdi will be aiming to extend his remarkable dominance after securing four consecutive victories this season. However, his rivals have continued to close the performance gap and will be determined to end his winning streak, setting the stage for another fiercely contested weekend at Beranang.
The MotoMini Malaysia 190cc category is also expected to provide one of the closest battles of the weekend as championship leader Qasha Irfan Azlan looks to bounce back after narrowly missing out on a double victory in the previous round, having crashed while leading Race 2. Meanwhile, in the MotoMini Malaysia 160cc class, defending champion Al-Adam Mikail can no longer afford to relax after Qaish Isyraf’s maiden victory in Race 2 of Round 2 significantly reduced the gap in the championship standings.
The RCB MotoKidz category is equally poised for another thrilling contest, with championship leader Faith Mikael holding only a slender advantage at the top of the standings, leaving Adam Harris and several other challengers well placed to mount a serious challenge. Adding to the excitement, three categories produced new circuit lap records during Round 2, highlighting the continued progress and rising standard of Malaysia’s young racing talents.
MotoMini Malaysia Programme Director Zulfahmi Khairuddin believes that positive momentum will continue into Round 3, although he acknowledges that lowering the lap records once again will be far from easy. He stressed that despite the change of venue from Sepang to Horizon Beranang, the programme’s primary objective remains unchanged: to ensure every rider continues to develop, gains valuable race experience and enjoys healthy competition throughout the season. He is also confident that all riders have prepared thoroughly since the conclusion of Round 2 and are ready to showcase further improvements when racing gets underway this weekend.
With the championship battle becoming increasingly close and every victory capable of reshaping the standings, Round 3 of the MotoMini Malaysia Championship promises to be one of the most competitive events of the season so far, while further demonstrating the impressive progress of Malaysia’s next generation of riders. For the record, MotoMini Malaysia serves as the country’s grassroots rider development programme, providing a pathway for young talents before they progress to higher levels of motorcycle racing.
The programme has previously nurtured riders such as Malaysian Moto3 star Hakim Danish Ramli and rising Moto4 European Championship talent Qabil Irfan Azlan, both of whom began their racing journeys in MotoMini before establishing themselves on the international stage. Their achievements demonstrate that MotoMini Malaysia is far more than a weekend racing series—it is a proven rider development platform that provides young talents with a solid foundation to compete at both Asian and world level.

🇲🇾 “Pusingan 3 MotoMini Malaysia akan berlangsung di Litar Horizon Beranang. Pada asalnya, perlumbaan ini dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, namun atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, kami membuat keputusan menunda pusingan di Sepang ke penghujung musim, sekali gus menjadikan Beranang sebagai venue bagi Pusingan 3.
Sasaran utama saya kekal sama, iaitu mahu melihat semua pelumba muda ini terus berkembang dan bersaing secara sihat. Saya berpuas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan pada Pusingan 2 apabila keseluruhan program berjalan lancar dan lebih membanggakan, rekod terpantas litar berjaya diperbaharui dalam tiga daripada empat kategori yang dipertandingkan.
Saya percaya Pusingan 3 bukan mudah untuk memecahkan rekod itu sekali lagi pada hujung minggu ini, namun dalam perlumbaan apa sahaja boleh berlaku. Ia bukan sesuatu yang mustahil sekiranya para pelumba terus menunjukkan peningkatan. Saya yakin semua pelumba sudah menjalani latihan secukupnya sejak tamat Pusingan 2 dan berharap Pusingan 3 nanti akan berlangsung dengan lancar, kompetitif dan yang paling penting, semua peserta dapat berlumba dalam keadaan selamat.”
🇬🇧 “Round 3 of the MotoMini Malaysia Championship will take place at Horizon Beranang Circuit. It was originally scheduled to be held at the Sepang International Circuit, but due to several unavoidable circumstances, we decided to postpone the Sepang round until the end of the season, making Beranang the venue for Round 3.
My main objective remains the same, which is to see all of these young riders continue to develop and compete in a healthy environment. I was very pleased with the progress shown during Round 2, where the entire programme ran smoothly. More importantly, new circuit lap records were set in three of the four categories, which was particularly encouraging.
I believe it will not be easy to lower those lap records again this weekend, but in racing, anything can happen. It is certainly not impossible if the riders continue to improve. I am confident that everyone has put in the necessary preparation since the end of Round 2, and I hope Round 3 will be another smooth, competitive and exciting event. Above all, I hope every rider enjoys a safe weekend of racing.”







