The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA

PELUMBA NEGARA MEMBERANGSANGKAN PADA FIM MINIGP WORLD FINAL DI ARAGON​

Home » PELUMBA NEGARA MEMBERANGSANGKAN PADA FIM MINIGP WORLD FINAL DI ARAGON​

ARAGON, 15 November – Para pelumba negara mempamerkan prestasi memberangsangkan pada saingan FIM MiniGP World Finals di litar go kart Motorland Aragon di sini; tetapi terpaksa akur kepada para pesaing yang lebih hebat khususnya Lorenzo Fino dari Itali dan penunggang Jepun, Waku Kunitate.

Kedua-dua pelumba, Fino dan Kunitate bermula garang untuk masing-masing mendominasi saingan kelas 190cc dan 160cc bagi memenangi Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2.

Tetapi, mereka telah dicabar hebat pada saingan Super Final dengan Fino menduduki tempat keenam dan Kunitate di tempat keempat pada perlumbaan perlumbaan berkenaan.

Kedudukan itu meranapkan peluang Fino untuk bergelar juara dunia untuk kelas 190cc, yang akhirnya dimiliki oleh pelumba Sepanyol, Alvaro Lucas. Memenangi Super Final untuk mengutip mata berganda menyaksikan Lucas mengumpul 79 mata untuk mengatasi Fino, yang menamatkan kejuaraan dengan 70 mata untuk tempat kedua keseluruhan. Kunitate lebih bernasib baik kerana tempat keempat di Super Final mencukupi untuk meletakkan beliau di persada kejuaraan kelas 160cc dengan 76 mata.

Juara dunia 160cc musim lepas dan sandaran utama negara untuk saingan kelas 190cc, Qabil Irfan Azlan terlepas peluang untuk menjejak podium apabila menamatkan Perlumbaan 1 di P5 dan Perlumbaan 2 pada kedudukan P4. Enggan patah semangat, Qabil bangkit pada perlumbaan Super Final untuk meraih podium dengan kedudukan di tempat ketiga; sekali gus mengutip 32 mata dan jumlah keseluruhan 56 mata untuk menduduki tempat kelima keseluruhan dalam kejuaraan dunia.

Rakan seperjuangan Adam Danial mencatat kedudukan P14 pada Perlumbaan 1 dan P15 pada Perlumbaan 2 manakala Qayyim Razin, yang berlumba atas tiket FIM MiniGP Indonesia, menduduki tempat P9 pada Perlumbaan 1 dan P12 pada Perlumbaan 2. Di pentas Super Final, Adam menduduki tempat ke 17 manakala Qayyim mendapat tempat ke 13. Ini memberikan Qayyim tempat ke 11 dalam kedudukan keseluruhan dengan 17 mata; dengan Adam di tangga ke 18 dengan kutipan tiga mata.

Naib Juara siri kejohanan FIM MiniGP Malaysia, Farish Hafiy bernasib malang selepas gagal melepasi pusingan kelayakan kerana kerosakan jentera; sekali gus terlepas peluang untuk menyertai perlumbaan.

Jauh ketinggalan di P16 pada Perlumbaan 1, Muhammad Airel Marzuki, yang menjadi sandaran tunggal negara untuk mempertahankan kejuaraan kelas 160cc yang dimenangi Qabil musim lepas, bangkit garang pada Perlumbaan 2 untuk menduduki tempat ketiga. Pada perlumbaan Super Final, Airel menduduki tempat keenam dan mengakhiri kejuaraan di tangga ke 7 dengan 36 mata.

Pelumba Vietnam, Nguyen Viet Tuan, yang berlumba atas tiket FIM MiniGP Malaysia, kurang menyerlah dalam penampilan pertama beliau di kejuaraan akhir dunia itu; dengan catatan keputusan P10 pada Perlumbaan 1, P11 pada Perlumbaan 2 dan tempat ke 19 pada perlumbaan Super Final. Beliau menamatkan kejuaraan di tangga ke 14 dengan 11 mata.

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, MotoMini Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and MotoMini Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
© 2025 MOTOMINI MALAYSIA MANAGED BY ZK RACING SDN BHD (1260846-H)
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia