The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA

KEBANGKITAN PELUMBA ANTARABANGSA DAN DOMINASI QABIL DI SEPANG

Home » KEBANGKITAN PELUMBA ANTARABANGSA DAN DOMINASI QABIL DI SEPANG

SEPANG, SELANGOR, 9 Jun 2024 – Saingan Pusingan 2 kejuaraan SIC Ohvale Junior Championship dan FIM MiniGP Malaysia Series musim 2024 berakhir di Litar Go Kart Sepang di sini hari ini dengan menyaksikan kebangkitan para pelumba antarabangsa dalam kelas 110cc dan 160cc manakala kelas perdana terus diungguli oleh pelumba sensasi negara, Qabil Irfan Azlan.

Seperti yang dilakukan pada Pusingan 1 di Litar Lumba Tangkak, Johor, Qabil Irfan memenangi kedua-dua perlumbaan di samping mencatat masa terpantas di sesi kelayakan; sekali gus mengutip 50 lagi mata kejuaraan untuk menduduki persada kejuaraan selepas dua pusingan dengan 100 mata.

Selepas memenangi Perlumbaan 1 dengan kelebihan 9.300 saat di hadapan juara bertahan Farish Hafiy, Qabil, yang merupakan juara kelas 160cc untuk dua musim berturut-turut sebelum ini, tidak tercabar pada Perlumbaan 2; menamatkan saingan 12 lap itu dengan kelebihan 6.431 saat di hadapan Farish Hafiy dan 11.883 saat di hadapan Adam Aiman di tempat ketiga.

Saingan kejuaraan FIM MiniGP Malaysia 160cc menyaksikan dominasi pelumba antarabangsa dengan penunggang Indonesia, Kenzie Akbar memenangi Perlumbaan 1 dan pelumba Vietnam, Nguyen Viet Tuan mengungguli Perlumbaan 2. Terpantas dalam sesi kelayakan, Kenzie menamatkan saingan 16 lap untuk Perlumbaan 1 dengan mencatat masa 15 minit 15.229 saat dan 1.795 saat di hadapan Nguyen Viet Tuan dengan pelumba negara, Airel Marzuki di tempat ketiga.

Perlumbaan 2 menyaksikan Kenzie bermula garang sebelum terjatuh pada selekoh keempat untuk memaksa perlumbaan diberhentikan dan dimulakan semula. Ini, sekali gus, membuka laluan kepada Nguyen untuk mencipta kemenangan dengan diikuti oleh Airel di tempat kedua dan Daniel Syazwan di tempat ketiga.

Dalam saingan SIC Ohvale Championship 110cc, pendahulu kejuaraan Al-Adam Mikail dicabar hebat pada pusingan ini oleh para pesaing antarabangsa – Cheung Yan Kit dari Hong Kong dan penunggang Vietnam, Nguyen Minh Tuan.

Selepas Al-Adam memanfaatkan insiden perlanggaran antara Yan Kit dan Nguyen untuk mendapat kemenangan mudah pada Perlumbaan 1, beliau terpaksa akur kepada ketangkasan Yan Kit dan Nyugen, yang masing-masing memenangi tempat pertama dan kedua pada Perlumbaan 2. Selepas dua pusingan, Al-Adam kini mendahului kejuaraan dengan mengumpul 91 mata.

Pusingan 3 akan berlangsung pada 13 dan 14 Julai di Litar MORAC Adventure Park, Langkawi, Kedah pada 13 dan 14 Julai; sebelum disusuli saingan Pusingan 4 yang akan diadakan di Litar Lumba UNIMAP di Arau, Perlis pada 3 dan 4 Ogos. Pusingan akhir akan kembali di Litar Go-kart Sepang pada 19 dan 20 Oktober. Tiga pelumba terbaik negara dalam kelas 190cc dan 2 pelumba terbaik negara dalam kelas 160cc akan dipilih untuk bersaing di FIM MiniGP World Finals, yang dijadualkan pada bulan November di Valencia, Sepanyol.

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, MotoMini Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and MotoMini Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
© 2025 MOTOMINI MALAYSIA MANAGED BY ZK RACING SDN BHD (1260846-H)
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia