FIM MotoMini Malaysia | SIC Ohvale Junior Championship | RCB MotoKidz Championship
MOTOMINI MALAYSIA
FIM MotoMini Malaysia | SIC Ohvale Junior Championship | RCB MotoKidz Championship
MOTOMINI MALAYSIA
FIM MotoMini Malaysia | SIC Ohvale Junior Championship | RCB MotoKidz Championship
MOTOMINI MALAYSIA
FIM MotoMini Malaysia | SIC Ohvale Junior Championship | RCB MotoKidz Championship
MOTOMINI MALAYSIA
FIM MotoMini Malaysia | SIC Ohvale Junior Championship | RCB MotoKidz Championship
MOTOMINI MALAYSIA
FIM MotoMini Malaysia | SIC Ohvale Junior Championship | RCB MotoKidz Championship
MOTOMINI MALAYSIA
FIM MotoMini Malaysia | SIC Ohvale Junior Championship | RCB MotoKidz Championship
MOTOMINI MALAYSIA
FIM MotoMini Malaysia | SIC Ohvale Junior Championship | RCB MotoKidz Championship
MOTOMINI MALAYSIA

EMPAT PELUMBA MALAYSIA SAHUT CABARAN MOTOMINI WORLD FINAL 2026

Home » EMPAT PELUMBA MALAYSIA SAHUT CABARAN MOTOMINI WORLD FINAL 2026

🇲🇾 PUTRAJAYA, 20 NOVEMBER 2026 – Empat pelumba muda Malaysia bakal menggalas cabaran negara pada Kejuaraan FIM MotoMini World Final 2026 yang akan berlangsung di Valencia, Sepanyol, dari 22 hingga 26 November ini, selepas berjaya memperoleh kelayakan berdasarkan prestasi dan kutipan mata keseluruhan sepanjang saingan MotoMini Malaysia 2026.

Sebagai penganjur MotoMini Malaysia, ZK Racing meneruskan komitmennya dalam menyediakan platform pembangunan bakat muda sukan permotoran negara menerusi kejuaraan yang kompetitif dan tersusun, sekali gus membuka peluang kepada pelumba tempatan untuk melangkah ke pentas antarabangsa.

Kelayakan ke MotoMini World Final ditentukan sepenuhnya berdasarkan merit pertandingan menerusi pungutan mata keseluruhan selepas lima pusingan yang merangkumi 10 perlumbaan sepanjang musim 2026. Sistem ini memastikan pelumba yang mencatat kedudukan terbaik dalam kategori masing-masing memperoleh peluang untuk mewakili Malaysia ke kejohanan berprestij tersebut tanpa melalui proses pemilihan secara individu oleh pihak penganjur.

Empat pelumba berkenaan ialah Qasha Irfan Azlan dan Ahmad Malek Ridha Mohamad Nazrun dalam kategori MotoMini 190cc, manakala Muhammad Al-Adam Mikail Mohd Hamirul Aliff dan Muhammad Qaish Isyraf Mohd Qayyum akan bersaing dalam kategori MotoMini 160cc.

Sebagai tanda sokongan dan dorongan kepada kontinjen negara sebelum berlepas ke Sepanyol, satu Majlis Flag Off Penyertaan Pelumba Malaysia ke FIM MotoMini World Series 2026 telah berlangsung pada Jumaat, 20 November 2026, bertempat di Lobi Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya.

Majlis pelepasan rasmi tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai simbolik sokongan kerajaan terhadap pembangunan bakat muda sukan permotoran negara, selain memberikan suntikan semangat kepada empat pelumba yang bakal membawa cabaran Malaysia di Valencia.

Penyertaan ini merupakan platform penting buat pelumba muda negara untuk mengukur kemampuan mereka di peringkat antarabangsa, selain mendapatkan pendedahan dan pengalaman bersaing dengan bakat terbaik dari pelbagai negara.

Menurut ZK Racing, persiapan keempat-empat pelumba merangkumi aspek teknikal, strategi perlumbaan, kecergasan fizikal dan kekuatan mental bagi memastikan mereka bersedia menghadapi cabaran di Valencia.

Walaupun masih berusia antara 12 hingga 15 tahun dan perlu membahagikan masa antara latihan serta persekolahan, komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pelumba membuktikan kesungguhan mereka dalam mengejar cita-cita sukan permotoran.

Dalam memastikan pembangunan sukan ini berjalan seiring dengan pendidikan, program MotoMini Malaysia turut mendapat sokongan Kementerian Pendidikan (KPM), termasuk pengiktirafan penyertaan menerusi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), selain kemudahan pelepasan murid bagi membolehkan pelumba mengikuti sesi persediaan dan menyertai minggu perlumbaan.

Sokongan ini mencerminkan usaha bersama dalam menyediakan ruang kepada generasi muda untuk mengembangkan potensi sukan tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap pendidikan dan persekolahan.

Bagi juara keseluruhan MotoMini Malaysia 190cc, Qasha Irfan Azlan, 13, dari Terengganu, pengalaman terjatuh sebanyak dua kali ketika sesi kelayakan World Series tahun lalu tidak pernah mematahkan semangatnya. Sebaliknya, pengalaman tersebut menjadi motivasi untuk bangkit dengan lebih kuat, apatah lagi selepas berjaya mencatat sembilan kemenangan sepanjang saingan domestik musim ini.

Qasha yang menjadikan abangnya, Qabil Irfan, sebagai sumber inspirasi turut mengakui sokongan keluarga dan pasukan ZK Racing memainkan peranan penting dalam perkembangan karier perlumbaannya.

Turut menggalas cabaran dalam kategori MotoMini 190cc ialah naib juara keseluruhan, Ahmad Malek Ridha Mohamad Nazrun. Pelumba berusia 15 tahun itu telah menjalani latihan intensif enam hari seminggu, termasuk kayuhan basikal dan latihan kecergasan sebagai persediaan menghadapi persaingan di peringkat dunia.

Pelumba yang mengidolakan pelumba Jepun, Ai Ogura itu bertekad memberikan saingan terbaik dan memasang impian untuk menaiki podium di Valencia.

Sementara itu, dalam kategori MotoMini 160cc, juara keseluruhan dari Pahang, Muhammad Al-Adam Mikail Mohd Hamirul Aliff, 12, hadir dengan keyakinan tinggi selepas mendominasi saingan domestik menerusi sembilan kemenangan dan kutipan 233 mata.

Mula mengenali sukan permotoran menerusi jentera pocket bike seawal usia tujuh tahun, Al-Adam yang menjadikan Hakim Danish dan Valentino Rossi sebagai idolanya kini memberikan tumpuan kepada strategi perlumbaan serta peningkatan kecergasan fizikal.

Melengkapkan barisan pelumba negara dalam kategori 160cc ialah naib juara keseluruhan, Muhammad Qaish Isyraf Mohd Qayyum, 13, yang turut menunjukkan komitmen tinggi menerusi disiplin latihan dan persiapan menjelang kejohanan.

Bagi ZK Racing, penyertaan empat pelumba ini mencerminkan keberkesanan platform MotoMini Malaysia dalam menyediakan laluan pembangunan kompetitif kepada bakat muda tempatan. Menerusi sistem kejuaraan berasaskan merit, setiap pelumba berpeluang membuktikan kemampuan masing-masing dan seterusnya melangkah ke pentas antarabangsa berdasarkan pencapaian mereka.

Dengan berlangsungnya majlis pelepasan rasmi tersebut, keempat-empat pelumba kini bersedia membawa cabaran Malaysia ke Valencia dengan harapan dapat mengibarkan Jalur Gemilang serta membuktikan potensi bakat muda negara dalam arena sukan permotoran dunia.

 


 

🇬🇧 PUTRAJAYA, 20 NOVEMBER 2026 – Four young Malaysian riders are set to represent the country at the FIM MotoMini World Final 2026, which will take place in Valencia, Spain, from 22 to 26 November, having secured their places based on their performances and overall championship points in the 2026 MotoMini Malaysia season.

As the organiser of MotoMini Malaysia, ZK Racing continues its commitment to providing a development platform for young motorsport talents through a structured and competitive championship, creating opportunities for local riders to progress to the international stage.

Qualification for the MotoMini World Final is determined entirely on merit, based on the overall points standings following five rounds comprising 10 races throughout the 2026 season. This system ensures that riders who achieve the highest overall standings in their respective categories earn the opportunity to represent Malaysia at the prestigious event, rather than being selected through an individual selection process by the organiser.

The four riders are Qasha Irfan Azlan and Ahmad Malek Ridha Mohamad Nazrun in the MotoMini 190cc category, while Muhammad Al-Adam Mikail Mohd Hamirul Aliff and Muhammad Qaish Isyraf Mohd Qayyum will compete in the MotoMini 160cc category.

As a show of support and encouragement for the national contingent ahead of their departure for Spain, a flag-off ceremony for the Malaysian riders competing in the FIM MotoMini World Series 2026 was held on Friday, 20 November 2026, at the Ministry of Youth and Sports (KBS) Tower in Putrajaya.

The official send-off ceremony was officiated by YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Secretary-General of the Ministry of Youth and Sports (KBS), symbolising the Government’s support for the development of young motorsport talents while providing encouragement to the four riders ahead of their challenge in Valencia.

The championship provides an important platform for the young Malaysian riders to measure their abilities against international competitors, while gaining valuable exposure and experience against some of the best emerging talents from various countries.

According to ZK Racing, preparations for all four riders have focused on technical development, race strategies, physical fitness and mental strength to ensure they are ready for the challenges ahead in Valencia.

Despite being between 12 and 15 years old and having to balance their training commitments with their schooling, the dedication demonstrated by the riders reflects their determination to pursue their motorsport ambitions.

To ensure that sporting development goes hand in hand with education, the MotoMini Malaysia programme also receives support from the Ministry of Education Malaysia (KPM). This includes recognition of participation through the Physical, Sports and Co-curricular Assessment (PAJSK), as well as permission for students to be released from school to attend preparation sessions and participate in race week activities.

This support reflects a collective effort to provide young people with opportunities to develop their sporting potential without compromising their educational responsibilities.

For overall MotoMini Malaysia 190cc champion Qasha Irfan Azlan, 13, from Terengganu, the experience of crashing twice during last year’s World Series qualifying sessions has never dampened his determination.

Instead, those setbacks have motivated him to come back stronger, particularly after securing nine victories throughout this season’s domestic championship.

Qasha, who looks up to his older brother, Qabil Irfan, as his inspiration, also acknowledged that the support of his family and the ZK Racing team has played an important role in his development as a young rider.

Joining him in the MotoMini 190cc category is overall runner-up Ahmad Malek Ridha Mohamad Nazrun. The 15-year-old has undertaken intensive training six days a week, including cycling and physical conditioning, as part of his preparations for the international competition.

The young rider, who idolises Japanese racer Ai Ogura, is determined to put in his best performance and has set his sights on securing a podium finish in Valencia.

Meanwhile, in the MotoMini 160cc category, overall champion from Pahang, 12-year-old Muhammad Al-Adam Mikail Mohd Hamirul Aliff, heads to Valencia with strong confidence after dominating the domestic championship with nine victories and a total of 233 points.

Having started his motorsport journey on a pocket bike at the age of seven, Al-Adam, who looks up to Hakim Danish and Valentino Rossi, is now focusing on race strategies and improving his physical fitness.

Completing Malaysia’s line-up in the 160cc category is overall runner-up Muhammad Qaish Isyraf Mohd Qayyum, 13, who has also demonstrated strong commitment through disciplined training and preparations ahead of the championship.

For ZK Racing, the participation of these four riders reflects the effectiveness of the MotoMini Malaysia platform in establishing a competitive development pathway for young local talents. Through a merit-based championship structure, riders are given the opportunity to demonstrate their abilities and progress to the international stage based on their achievements.

Following the official flag-off ceremony, the four young riders are now ready to take on the challenge in Valencia, carrying the hopes of flying the Jalur Gemilang high and showcasing Malaysia’s emerging motorsport talents on the world stage.

 


 

🇲🇾 “Pada World Series tahun lalu, saya tidak berpeluang beraksi dalam perlumbaan sebenar selepas terjatuh dua kali ketika sesi kelayakan. Insya-Allah, untuk kempen kali ini, saya akan cuba memberikan aksi terbaik di Valencia.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ZK Racing, keluarga, rakan-rakan serta semua pihak yang sentiasa mendoakan dan menyokong perjalanan saya ke World Final nanti.”

🇬🇧 “At last year’s World Series, I did not get the opportunity to compete in the actual races after crashing twice during qualifying. Insya-Allah, for this year’s campaign, I will do my very best and give a strong performance in Valencia.

I would also like to express my gratitude to ZK Racing, my family, friends and everyone who has continuously prayed for me and supported my journey towards the World Final.”

 


 

🇲🇾“Persiapan saya untuk World Final ini melibatkan latihan enam hari seminggu dan hanya berehat sehari, selain banyak belajar daripada jurulatih mengenai cara menghadapi pelbagai situasi perlumbaan.

Sasaran saya di Valencia nanti adalah untuk melakukan yang terbaik dan, jika diizinkan, saya mahu mengharumkan nama Malaysia dengan meraih podium.”

🇬🇧 “My preparations for the World Final involve training six days a week, with only one day of rest. I have also been learning a lot from my coaches, particularly on how to handle different situations during a race.

My target in Valencia is to give my very best and, Insya-Allah, make Malaysia proud by securing a podium finish.”

 


 

🇲🇾 “Persiapan saya kali ini tertumpu kepada penyusunan strategi perlumbaan, selain meningkatkan tahap latihan dan kecergasan diri bagi menghadapi persaingan sengit di pentas dunia.

Di World Final nanti, saya menyasarkan untuk menembusi kelompok lima terbaik kerana tahun lalu sasaran 10 terbaik sudah dicapai. Kali ini, saya berharap dapat melangkah lebih jauh.”

🇬🇧 “My preparations this time have focused on developing race strategies, while also stepping up my training and physical fitness to prepare for the intense competition on the world stage.

For the World Final, my target is to finish inside the top five. Last year, I managed to achieve my target of a top-10 finish, and this time, I hope to go even further.”

 


 

🇲🇾 “Persiapan saya ke World Final adalah dengan berlatih bersungguh-sungguh serta mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan supaya sentiasa berada pada tahap optimum.

Sasaran saya di Valencia nanti adalah untuk mendapatkan kedudukan lima terbaik dan saya akan berusaha sehabis baik demi membawa pulang keputusan yang membanggakan.”

🇬🇧 “My preparations for the World Final involve training hard while maintaining my health and fitness to ensure I am always in optimal condition.

My target in Valencia is to finish inside the top five, and I will give my absolute best to achieve a result that makes Malaysia proud.”

 


 

🇲🇾 “Menjelang MotoMini World Final di Valencia, saya berharap keempat-empat pelumba negara dapat memberikan komitmen terbaik, berlumba dengan penuh disiplin, keberanian dan keyakinan. Paling penting, mereka perlu percaya kepada kemampuan diri sendiri dan tidak gentar untuk bersaing dengan pelumba dari negara lain. Mereka membawa nama Malaysia dan saya mahu mereka memberikan yang terbaik setiap kali berada di atas litar.
Peluang ini amat berharga kerana bukan setiap pelumba muda berpeluang untuk bersaing di pentas antarabangsa pada usia sebegini. Saya mahu mereka menggunakan pengalaman ini untuk belajar, meningkatkan kemahiran dan memahami tahap persaingan sebenar di peringkat dunia. Menang atau kalah adalah sebahagian daripada perlumbaan, tetapi sikap, disiplin dan kesungguhan untuk terus belajar akan menentukan sejauh mana mereka boleh pergi.

Di pihak ZK Racing, kami telah memastikan persiapan mereka dilaksanakan secara menyeluruh sebelum berlepas ke Valencia. Selain latihan di litar, kami turut memberikan penekanan kepada kecergasan fizikal menerusi latihan di gimnasium dan sesi larian bagi meningkatkan daya tahan. Persediaan fizikal dan mental amat penting kerana perlumbaan bukan hanya bergantung kepada kemahiran mengendalikan jentera, tetapi juga keupayaan membuat keputusan dan kekal fokus ketika berada di bawah tekanan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas sokongan berterusan terhadap pembangunan bakat muda dalam sukan permotoran negara. Kehadiran Ketua Setiausaha KBS, Datuk Rahimi Ismail, dalam sesi bersama ZK Racing pada Selasa lalu amat bermakna buat kami dan para pelumba. Sokongan serta perhatian yang diberikan ini menjadi suntikan motivasi kepada semua pihak untuk terus memperkukuh pembangunan sukan permotoran dari peringkat akar umbi.

Penghargaan turut diberikan kepada Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) atas sokongan dan kerjasama dalam membantu perjalanan serta pembangunan pelumba muda negara.

Akhir sekali, saya berharap keempat-empat pelumba dapat memanfaatkan peluang ini sepenuhnya, membawa pulang pengalaman berharga dan paling penting, membuktikan bahawa pelumba muda Malaysia mempunyai kemampuan untuk bersaing di pentas dunia.”

🇬🇧 “Ahead of the MotoMini World Final in Valencia, I hope all four Malaysian riders will give their very best, race with discipline, courage and confidence. Most importantly, they must believe in their own abilities and have no fear of competing against riders from other countries. They are carrying the name of Malaysia, and I want them to give their best every time they are out on track.
This is a valuable opportunity, as not every young rider gets the chance to compete on the international stage at such a young age. I want them to make the most of this experience, learn as much as they can, improve their skills and understand the true level of competition at world level. Winning and losing are part of racing, but it is their attitude, discipline and determination to keep learning that will ultimately determine how far they can go.

At ZK Racing, we have ensured that their preparations have been comprehensive ahead of their departure for Valencia. In addition to on-track training, we have placed strong emphasis on physical fitness through gym sessions and running programmes to improve their endurance. Physical and mental preparation are equally important, as racing is not just about bike-handling skills, but also the ability to make the right decisions and remain focused under pressure.

I would also like to express my appreciation to the Ministry of Youth and Sports (KBS) for its continued support in developing young talent in Malaysian motorsport. The presence of the KBS Secretary-General, Datuk Rahimi Ismail, at the session with ZK Racing last Tuesday meant a great deal to us and the riders. The support and attention shown have provided additional motivation for everyone involved to continue strengthening grassroots motorsport development.

Our appreciation also goes to the Malaysia Motorsport Association (MAM) for its support and cooperation in supporting the journey and development of our young riders.

Finally, I hope all four riders will make the most of this opportunity, return with valuable experience and, most importantly, demonstrate that young Malaysian riders have what it takes to compete on the world stage.”

 


 

 


 

 


 

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, MotoMini Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and MotoMini Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
© 2025 MOTOMINI MALAYSIA MANAGED BY ZK RACING SDN BHD (1260846-H)
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia