🇲🇾 Sungai Long, Selangor | 12 May 2026 – Bahang saingan sukan permotoran akar umbi negara kembali memuncak apabila musim baharu Kejuaraan FIM MotoMini Malaysia 2026 bakal membuka tirai di Litar Antarabangsa LYL dari 15 hingga 17 Mei ini.
Pertempuran aksi pembuka tirai itu dijangka berlangsung sengit dengan barisan pelumba muda terbaik negara turun memburu kemenangan pertama musim ini selepas menjalani persiapan rapi sejak awal tahun. Musim ini, MotoMini Malaysia 2026 kekal mempertandingkan dua kategori utama iaitu MotoMini 160 dan MotoMini 190 selain turut disokong kategori SIC Ohvale Junior Championship serta RCB MotoKidz Championship.
Lebih menarik, penganjur musim ini memperkenalkan konsep perlumbaan berasaskan pasukan dalam usaha membentuk ekosistem lebih profesional bagi pembangunan bakat pelumba cilik negara. Menerusi konsep baharu itu, setiap pasukan diwajibkan mempunyai minimum dua pelumba dan maksimum empat pelumba selain perlu berdaftar secara rasmi di bawah Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM). Sebagai nilai tambah, MotoMini Malaysia turut memperkenalkan anugerah ‘Team Best Award’ yang akan diberikan kepada pasukan dengan pungutan mata keseluruhan tertinggi sepanjang musim.
Pada edisi kali ini, tumpuan pastinya terarah kepada dua naib juara musim lalu, Wan Hakim Al Mahdi dan Firash Naufal yang kini bergabung di Bawah satu payung iaitu pasukan HF MotoMini dengan misi menebus kekecewaan musim 2025. Wan Hakim yang sebelum ini bersaing dalam kategori RCB Minimoto akan beraksi dalam SIC Ohvale musim ini, manakala Firash pula dinaikkan ke kategori MotoMini 160 selepas aksi cemerlang tahun lalu. Gandingan tersebut dilihat antara pencabar utama musim ini berdasarkan prestasi konsisten yang dipamerkan mereka sebelum ini.
Dalam kategori SIC Ohvale Junior Championship, NJ Racing Team bakal mempertaruhkan Fayyadh Anaqi dan Safiuddin Shahrizan, namun dijangka menerima tentangan sengit daripada RA Racing Team yang dibarisi Raqib Rozman dan Ayden Hafreez.
Sementara itu, kategori MotoMini 160 turut menyaksikan kemunculan beberapa pelumba muda berbakat termasuk Faiz Hakimi dan Arsyad Rashid dari AF Rookie Racing Team yang bersedia mencuri perhatian pada aksi pembukaan musim. AB Racing Team pula tampil dengan kekuatan besar menerusi gandingan Al-Adam Mikail, Naufal Aryan, Aisy Wafiy dan Rayqarl Alhayy yang berazam mendominasi saingan sejak pusingan pertama lagi.
Tidak ketinggalan, TW Racing Team turut membawa cabaran besar apabila menyertai dua kategori serentak menerusi Rayyan Mikael dan Abdurrahman Izzuwandi dalam SIC Ohvale serta Rayyan Thaqif dan Ariff Rayyan bagi kategori MotoMini 160. Kehangatan musim ini turut diserikan dengan kehadiran pelumba wanita muda, Adra Mikayla yang bakal membawa cabaran Team 4 Racing dalam kategori SIC Ohvale Junior Championship.
Selain Adra, Team 4 Racing turut diperkuatkan dengan kehadiran naib juara MotoMini 160 musim lalu, Qasha Irfan Azlan yang kini bersaing dalam kategori MotoMini 190 bersama Airel Marzuki, manakala Aryan Mikhail akan membawa cabaran dalam kategori MotoMini 160.
Pusingan pertama di Litar LYL dijangka menjadi pentas penting buat semua pelumba muda membuktikan kemampuan masing-masing dalam usaha memburu gelaran juara musim 2026.
🇬🇧 Sungai Long, Selangor | 12 May 2026 – The excitement of Malaysia’s grassroots motorsport scene is set to reach fever pitch once again as the new season of the FIM MotoMini Malaysia Championship 2026 gets underway at LYL International Circuit from 15 to 17 May.
The opening round is expected to deliver intense competition, with some of the country’s most promising young riders eager to secure their first victory of the season after months of dedicated preparation. This year, MotoMini Malaysia 2026 will continue to feature its two main categories, MotoMini 160 and MotoMini 190, alongside the supporting SIC Ohvale Junior Championship and RCB MotoKidz Championship.
Adding further excitement, the organisers have introduced a new team-based racing concept this season as part of efforts to create a more professional ecosystem for the development of young riding talent in Malaysia. Under the new format, each team must consist of a minimum of two riders and a maximum of four riders, while also being officially registered under the Motor Sports Association of Malaysia (MAM). As an added incentive, MotoMini Malaysia will also introduce the ‘Team Best Award’, which will be presented to the team that accumulates the highest overall points throughout the season.
This season, much of the spotlight will be on last year’s two runners-up, Wan Hakim Al Mahdi and Firash Naufal, who have now joined forces under the HF MotoMini banner with a mission to make amends for their 2025 disappointment. Wan Hakim, who previously competed in the RCB Minimoto category, will move into the SIC Ohvale class this season, while Firash steps up to MotoMini 160 following his impressive performances last year. Based on their consistent form, the duo are widely viewed as among the leading contenders this season.
In the SIC Ohvale Junior Championship, NJ Racing Team will field Fayyadh Anaqi and Safiuddin Shahrizan, though they are expected to face stiff competition from RA Racing Team, represented by Raqib Rozman and Ayden Hafreez.
Meanwhile, the MotoMini 160 category will also see the emergence of several exciting young talents, including Faiz Hakimi and Arsyad Rashid from AF Rookie Racing Team, who will be aiming to make an immediate impact in the season opener. AB Racing Team also arrives with a strong line-up featuring Al-Adam Mikail, Naufal Aryan, Aisy Wafiy, and Rayqarl Alhayy, all determined to stamp their authority from the very first round.
TW Racing Team will also mount a serious challenge by competing across two categories, with Rayyan Mikael and Abdurrahman Izzuwandi in the SIC Ohvale class, while Rayyan Thaqif and Ariff Rayyan will represent the team in MotoMini 160. Adding further excitement to the season is the presence of promising young female rider Adra Mikayla, who will compete for Team 4 Racing in the SIC Ohvale Junior Championship.
Alongside Adra, Team 4 Racing will also be strengthened by last season’s MotoMini 160 runner-up, Qasha Irfan Azlan, who moves into the MotoMini 190 category alongside Airel Marzuki, while Aryan Mikhail will carry the team’s challenge in MotoMini 160.
The opening round at LYL International Circuit is expected to provide a crucial early platform for all young riders to showcase their abilities as they begin their pursuit of the 2026 championship titles.

🇲🇾”Sudah semestinya MotoMini ini adalah platform permulaan buat seseorang pelumba. Saya yakin MotoMini Malaysia adalah antara platform terbaik yang kita ada di Malaysia untuk mencari bakat baharu motosikal bertaraf antarabangsa dan ia sudah terbukti menerusi kejayaan Hakim Danish serta beberapa pelumba lain.
Peluang untuk pelumba cilik juga semakin hari semakin terbuka luas. Kita dapat lihat pengenalan RCB MotoKidz Championship yang memberi peluang kepada pelumba seawal usia enam tahun untuk mula berkecimpung dalam sukan ini. Ia sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada ibu bapa yang mahu melihat anak mereka menjadi pelumba ataupun mempunyai minat dalam dunia perlumbaan. Sebelum ini mungkin belum ada platform yang benar-benar tersusun di Malaysia, namun dengan adanya RCB MotoKidz Championship ia memberi ruang kepada pelumba muda untuk menceburi sukan permotoran secara lebih teratur.
Minggu ini menandakan bermulanya musim baharu MotoMini Malaysia 2026 dan tahun ini kami memperkenalkan konsep baharu iaitu sistem berpasukan. Pada awal musim memang ada sedikit kekangan dari segi penajaan. Bagaimanapun, dengan konsep pasukan ini saya rasa ia memberi lebih banyak peluang kepada ibu bapa untuk mencari penaja sendiri bagi menampung beberapa kos yang sebelum ini disubsidi oleh SIC.
Saya melihat ini sebagai satu perkembangan yang sangat positif dan maklum balas diterima daripada ibu bapa juga amat baik walaupun mereka perlu berusaha lebih keras untuk mendapatkan dana. Malah sambutan daripada ibu bapa dan penaja juga sangat mengagumkan. Usaha yang mereka tunjukkan dalam mencari penaja memang luar biasa dan kita dapat lihat semua pelumba begitu bersemangat untuk hadir ke pusingan pertama musim ini.”
🇬🇧 “MotoMini is undoubtedly a starting platform for any rider. I firmly believe MotoMini Malaysia is one of the best platforms we have in Malaysia for discovering new motorcycle racing talent capable of competing at the international level, and this has already been proven through the success of Hakim Danish and several other riders.
The opportunities for young riders are also expanding day by day. We can see this through the introduction of the RCB MotoKidz Championship, which gives children as young as six the chance to begin their journey in the sport. This also creates greater opportunities for parents who wish to see their children become riders or who have a genuine interest in motorsport. In the past, there may not have been a truly structured platform in Malaysia, but with the RCB MotoKidz Championship, young riders now have the opportunity to enter motorsport in a much more organised way.
This week marks the beginning of the new MotoMini Malaysia 2026 season, and this year we are introducing a new concept through a team-based system. At the start of the season, there were naturally some challenges in terms of sponsorship. However, with this team concept, I believe it creates more opportunities for parents to secure their own sponsors to help cover some of the costs that were previously subsidised by SIC.
I see this as a very positive development, and the feedback we have received from parents has also been extremely encouraging, even though they now need to put in greater effort to secure funding. In fact, the response from both parents and sponsors has been remarkable. The commitment they have shown in securing sponsorship has been outstanding, and we can clearly see that all the riders are highly motivated to be part of the opening round this season.”








