Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA
Sesi pemilihan RCB MotoKidz 2026 kini dibuka
MOTOMINI MALAYSIA

PUSINGAN AKHIR FIM MINIGP MALAYSIA SERIES & SIC OHVALE JUNIOR CHAMPIONSHIP 2024​

Home » PUSINGAN AKHIR FIM MINIGP MALAYSIA SERIES & SIC OHVALE JUNIOR CHAMPIONSHIP 2024​

SEPANG, SELANGOR 18 OKTOBER 2024 – Kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series dan SIC Ohvale Junior Championship musim 2024 akan melabuhkan tirainya pada pusingan akhir yang bakal berlangsung di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang. Trek sepanjang 1.247 km dengan 11 selekoh teknikal ini bakal menjadi medan terakhir bagi para pelumba untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka.

Pusingan akhir ini akan juga diadakan sempena MAM Festival of Speed, yang turut menyaksikan pelbagai aktiviti menarik seperti M8 International Push Bike, dan Perlumbaan Pocketbike MFOS.

Dalam kategori SIC Ohvale Junior Championship, seramai 16 pelumba akan berentap, terdiri daripada 10 pelumba dari Malaysia, 1 pelumba dari Singapura, 3 pelumba dari Indonesia, 1 pelumba dari China, dan 1 pelumba dari Hong Kong. Setakat pusingan ke-4, Al-Adam Mikail dari Pahang, Malaysia, telah mendahului dengan 191 mata, memberikan jurang 61 mata yang mengesahkan beliau sebagai juara keseluruhan sebelum pusingan akhir. Keputusan bagi perlumbaan 1 dan perlumbaan 2 akan diumumkan pada 19 Oktober 2024.

Bagi kategori MiniGP 160, 16 pelumba akan beraksi, terdiri daripada 13 pelumba dari Malaysia, 1 dari Australia, 1 dari Indonesia, dan 1 dari Vietnam. Pertarungan kejuaraan masih terbuka antara tiga pelumba teratas, iaitu Airel Marzuki dari Malaysia dengan 167 mata, Nguyen Viet Tuan dari Vietnam dengan 158 mata, dan Qayyim Razin dari Kuala Lumpur dengan 136 mata. Keputusan bagi perlumbaan 1 dan perlumbaan 2 juga akan diumumkan pada 19 Oktober 2024.

Kategori MiniGP 190 menampilkan 13 pelumba, yang terdiri daripada 9 pelumba dari Malaysia, 2 dari India, dan 2 dari China. Saingan kejuaraan masih hangat antara Qabil Irfan yang mendahului dengan 200 mata, dan Farish Hafiy dengan 153 mata, selain 7 pelumba lain yang masih berpeluang untuk berada dalam kedudukan tiga teratas. Keputusan bagi perlumbaan 1 dan perlumbaan 2 akan diumumkan pada 19 Oktober 2024.

Pusingan akhir kedua-dua kejuaraan di Sepang pada 17-19 Oktober ini akan menyaksikan pertarungan terakhir musim 2024 yang pastinya akan penuh dengan aksi dan debaran!

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, MotoMini Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and MotoMini Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
© 2025 MOTOMINI MALAYSIA MANAGED BY ZK RACING SDN BHD (1260846-H)
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia