The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA
The 2026 season selections will be officially announced in January 2026
MOTOMINI MALAYSIA

DESTINASI BAHARU PERLUMBAAN: LITAR LYL TUMPUAN AKSI PELUMBA CILIK NEGARA

Home » DESTINASI BAHARU PERLUMBAAN: LITAR LYL TUMPUAN AKSI PELUMBA CILIK NEGARA

Sepang, Selangor, 05 Ogos 2025 – LYL International Karting Circuit kini menjadi salah satu lokasi rasmi bagi perlumbaan FIM MiniGP Malaysia, SIC Ohvale Junior Championship dan RCB MiniMoto Championship. Keunikan utama litar ini terletak pada reka bentuknya yang fleksibel dan boleh diubah suai mengikut keperluan sesuatu acara.

Untuk FIM MiniGP Malaysia, pihak penganjur iaitu ZK Racing telah memilih dan memuktamadkan satu layout litar rasmi. Layout pilihan ini mempunyai panjang keseluruhan 933 meter dengan 10 selekoh, 4 ke kanan dan 6 ke kiri, menjanjikan cabaran teknikal kepada setiap pelumba.

Seperti kebiasaan bagi setiap pusingan, perlumbaan rasmi akan berlangsung pada hari Ahad, manakala sesi latihan tidak rasmi akan diadakan pada hari Sabtu bagi memberi ruang kepada pelumba membuat persediaan rapi menghadapi saingan kompetitif keesokan harinya.

Lebih menarik, program Rakan Muda | Motoclinic: Ride, Learn & Discover turut akan berlangsung sempena Pusingan 4. Program ini terbuka kepada orang ramai dan memberi peluang kepada peserta untuk mendalami asas dunia perlumbaan serta teknik tunggangan motosikal yang selamat dan boleh diaplikasikan di jalan raya. Peserta juga berpeluang menunggang motosikal yang disediakan di dalam Litar LYL International Karting Circuit sambil dipantau oleh pelumba profesional.

Masuk adalah percuma dan tempat duduk untuk penonton disediakan bertempat di grandstand utama serta kawasan sekitar litar. Anda juga boleh saksikan perlumbaan ini secara langsung melalui YouTube dan Facebook rasmi FIM MiniGP Malaysia. Pautan siaran langsung akan dikongsikan seperti di bawah.

Jangan lupa juga menonton program khas “Di Sebalik Helmet…..”, perkongsian dan temuramah secara langsung bersama pelumba-pelumba, ibu bapa serta tulang belakang di sebalik FIM MiniGP Malaysia yang akan bersiaran pada jam 5.00 petang, hari Sabtu.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri aksi pelumba masa depan dunia minggu ini di LYL International Karting Circuit.

Race Day Facebook Live Streaming Link (AHAD):
https://www.facebook.com/share/1Dov4ayr1L/

Race Day Youtube Live Streaming Link (AHAD):
https://www.youtube.com/live/LWvNbY7lRmw?si=_q8ug_qAmB19JvhB

Di Sebalik Helmet Facebook Live Streaming (SABTU):
https://www.facebook.com/share/16LpwBm22Y/

Di Sebalik Helmet Youtube Live Streaming (SABTU):
https://www.youtube.com/live/2Uii1xfJPp4?si=xtFi9Wn4gxYLsxEq

Daftar sekarang untuk menyertai Rakan Muda | Motoclinic:
https://shorturl.at/KYCls

 


 

SENARAI PESERTA & KEDUDUKAN KESELURUHAN

 


 

 


 

 


 

 


 

JADUAL PENUH MINGGU PERLUMBAAN


 


 

 


 


ZULFAHMI KHAIRUDDIN
Pengurus Kejohanan, FIM MiniGP Malaysia

“LYL International Karting Circuit merupakan sebuah litar baharu untuk semua pelumba dan pastinya memberikan cabaran kerana tiada pelumba yang pernah menunggang di layout yang telah ditetapkan pada minggu ini. Ini adalah lokasi yang sesuai untuk menguji keupayaan pelumba agar mereka dapat belajar dan menyesuaikan diri dengan lebih pantas. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LYL International Karting Circuit atas peluang yang diberikan kepada FIM MiniGP Malaysia untuk menganjurkan perlumbaan di sini.”

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, MotoMini Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and MotoMini Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
© 2025 MOTOMINI MALAYSIA MANAGED BY ZK RACING SDN BHD (1260846-H)
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia